Thursday, October 30, 2008

Ceritaku Hari ini...

Sekarang ni dah masuk fasl syitaa' (musim sejuk) di bumi Jordan ni, musim yang menakutkan bagiku. Sejuk kat sini memang hebat la jugak. Kalau tahun lepas cuaca mencecah ke -4 darjah c. Tapi ada jugak bebudak Malaysia yang seronok dengan musim sejuk ni. Katanya boleh main salji, kulit tak terbakar, jadi halus dan mulus...macam-macam. Tapi aku biasa je. tak turun main pun, tengok melalui tingkap je. Aku memikirkan macam mana la orang sini boleh hidup dalam salji, cuacanya pun aku tak tahan. Namun, tetap ku fikirkan keagungan Tuhan yang mampu mencipta apa saja yang Dia kehendaki. Oh..semakin banyak ku berjalan semakin banyak ku kaji kehebatan Tuhan. Terima kasih, Tuhanku.

Hari ini sebelumku turun untuk ke kelas hujan 'datang' lebat sekali. Buntu jugak dibuatnya. Payung pun tak ada. Nak tahan teksi pun hujan lebat sangat. Tahun ni hujan turun awal. Kalau tahun lepas, hujan tak turun lagi bulan Oktober ni. Macam mana ni? Cuaca sejuk ditambahi pulak hujan. Lalu aku pergi tanya jiran sebelah rumahku, orang Mesir, nak mintak payung. Ku sebut 'mizollah' dia tak faham. Kena cakap 'syamsiyyah' baru dia faham. Dua-dua pun betul. Tapi dia pun takde payung gak. Dengan jiranku ni kena banyak cakap 'ammiyyah'. Maklumlah dia belajar sampai tahap persekolahan je.

Ku langkahkan kakiku turun ke bawah nak pergi kelas jugak, sambil memikirkan macam mana nak sampai ke jamiah ni. Tanya kedai sebelah rumah pun tak jual payung. Buntu...tiba-tiba ada hamba Allah menegurku, awak nak apa? Nak payung, nak gi muhadharah, jawabku. Oh..mai saya hantarkan awak. Awak belajar kat Jamiah Urduniyyah kan? Ya, jawabku tersenyum. Leganya, aku boleh pergi jugak akhirnya.

Bila sampai ke jalan utama, terkejut aku...'fayadhan'! Banjir dah melimpah. Jalan penuh sesak, satu jalan ditutup. Alamak...muhadharah dah start dah. Kul 3.30pm dah lepas. Malunya aku nak masuk kelas, mesti sampai lewat ni. Ku terpaksa pusing-pusing ikut jalan alternatif. Pi ikut jalan lain pun 'zahmah' jugak. Bila kenderaan penuh di jalan, mulalah kedengaran bunyi hon. Budaya orang sini memang gitu. Hon tu sentiasa ada di mana-mana. Pong pang pong pang. Tahun lepas aku bengang gak ngan depe ni. Pelik bin ajaib, tak kira masa hon sentiasa ada. Tapi tahun ni dah biasa da, so dok nak tergelak ada la dengan perangai depe. Hamba Allah yang hantar aku pun gitu la, tapi depan aku dia 'cool' skit, sebab aku buat tak reti, lagipun dia tahu budaya orang Malaysia bukan macam diorang.

Kat Jordan ni kira ok la sikit. Ku pernah berada di Mesir bebrapa bulan yang lepas, oh..lain macam. Lagi nak tergelak. Depe 'tak main' lampu-lampu isyarat ni. Lagipun lampu isyarat ada di beberapa tempat je. Aku tanya kawan kat sana, apasal keluar warna merah depe jalan jugak? Kawanku tu jawab selamba je: orang sini tak guna lampu isyarat, pakai hentam je. Tengok boleh jalan go on la. Ya Allah...lawaknya! Satu lagi yang aku terkejut jugak, hari tu naik bas ngan kengkawan nak gi Masjid Azhar, alahai penuhnya...sampai je di satu tempat, sorang pakcik yang dah berusia nak turun bas, bas tak berhenti, dia terus terjun..haah!! biasa je dia, tak pengsan pun. Gitulah kehidupan di sebahagian negara Arab. Lain betul berbanding ngan bumi Malaysia.

Berbalik kepada ceritaku tadi, ku sampai ke jamiah kul 4.15pm. Lalu terus ku solat Asar dulu, sebab kelas akan habis sampai waktu maghrib kul 6pm. Hari ni muhadharah dibuat di ofis Dr. Bila ku ketuk pintu, Dr. terus tanya: kaifa najauti? (macam mana awak terselamat?), al-hamdulillah Dr. dah tau kat Sweileh banjir. Aku senyum lalu ku bagitau semua, tempat saya ada banjir kilat. So, kelewatan dimaafkan la.

Setelah muhadharah tamat, ku bercakap beberapa perkara dengan Dr., kemudian terus melangkah seribu untuk mendapatkan bas agar tak terlepas solat maghribku. Ku nak solat di rumah. Solat di rumahku lebih ku rasa bahagia dan selesa berbanding solat di luar rumah. Biasalah kan, rumah kita lebih bersih, lebih wangi, lebih cantik. Bila sampai di luar jamiah, ku lihat ramainya manusia menunggu bas. Bas-bas dah penuh. Macam mana ni? Solat aku bagaimana? Kalau dok tunggu sini, habislah. Ahh..aku takkan gadaikan solatku hanya kerana menunggu bas. Biarlah aku sampai rumah lewat sikit, asalkan aku lega bila laksanakan perintah Tuhan. Aku tahu ramai orang menggadaikan solatnya kerana menunggu bas, ramai orang menggadaikan solat kerana berada dalam kapal terbang, ramai orang menggadaikan solat kerana cuaca sejuk, ramai orang menggadaikan solat kerana muhadharah. Oh, sedihnya! Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang mendirikan solat.

Lalu ku berpatah balik masuk ke jamiah menuju ke musolla. Oh, Tuhan, sejuknya nak ambik wudhuk!. Kat musolla takder air panas, kat rumahku ada la. Menggigillah aku. Namun ku tahu, Tuhan tetap memerhatikanku. Sentiasa menghisab mujahadah ini. Bila selesai solat terasa lega lagi, sebab Tuhan masih memberi rahmat, memberi hidayah agarku tetap menyambut perintahnya. Ku sentiasa ingat kata-kata Tok Guru: orang yang solat bermakna dia mengikat dirinya seratus peratus dengan Allah Taala. Sungguh..Terima kasihlah Tuhan atas nikmat Iman yang kau berikan. Al-hamdulillah ku dapat sampai ke rumah dengan selamat. Airmata berguguran mengingatkan hidup ini perlu dengan mujahadah. Dengan mujahadah kita akan dinaikkan pangkat oleh Allah. Pangkat yang tak ternilai harganya. Moga-moga kita tergolong dalam golongan orang-orang muttaqin. aamin...


Rabu, 29 Oktober 2008
10.21 pm


5 comments:

Sab_iluna said...

Salam ustazah sabrina ni.Alhamdulillah dpt juga sy tulis mesj kt ustazah.hrp ustzh sihat hndknya.Kami dcni sedang bermujahadah mhadapi ujian dunia yg x seberapa ni dbndgkan apa yg sedang menunggu kita kt akhirat nant.ralit sy bc nukilan2 ustazh yg mberi bnyk istifadah kat sy dr politk,agama,motivasi...cmne ya suasana faslu shita'.kami x merasa kt sini.msm sejuk pun ada banjir jugk ke ustazah?hehe sekian..moga kita sentiasa keep in touch..:)

sitihasliza said...

salam ya binti habibati, gud luck 4 ur exam, terima kasih ziarah rumah saya, apa yg baik tu genggamlah. skrg ni baru masuk shitaa', paling memeritkan pd akhir bln 12,1,dan 2. smlm tu kat amman bnjir kilat je, arini dh xde. kalo mngikut org sini kat amman xder bnjir sbb kwsn bukit. kat kwsn pedalaman spt baq'ah ada la. nak tgk salji maila hjg bln 1 atau awl bln 2 ni,dok umah saya free of charge...

nora said...

hai kza,bestnye citer kza kat jordan,sayu sedih,lawak pun ada,leh tulis novel ni,lama benar xjupo kza,dah gemuk ke sikit?heheheh

sitihasliza said...

hai Nora, best ker? timer kasihlah, insya Allah, ada masa kan ku tulis demi kebaikan bersama. saya kat sini memang dah gemuk pun :)hihi..

bidadari said...

assalamualaikum..syukran kak sbb sudi kongsi cerita dgn nur..moga akak dapat tempuhi hari2 mendatang dengan sabar hendaknya..doakan kita selalu...:-)