Thursday, July 31, 2008

Adakah Kau Lupa?

As-Safar



السفر


حمدا لله خالق الرحمة

وشكرا للبارئ جاعل المودة


وداعا للعزيزة لأيام عديدة

إنه نوى السفرة إلى الأسرة


إلى الوالدين اللذين هما سر الحياة

بدونهما لا وجود لهذه الحياة


هو ذاهب إلى زيارة القبيلة

والقلب باق في حرم الجامعة


الأمل أن تذكره في السراء والضراء

وأن تدعو له في الرخاء والشدة

الرجاء أن تدعو له لسلامة العودة
والسفرة ليست بيتا للروضة


هي تريد أن تكون صاحبة في الدنيا والآخرة
ولكنها تستحيي أن تكشف وجها عند الرغبة

ألا تعلم أن الوجه مركز ظهور المودة
لا يأتي العطف والحنان إلا برؤية الجبهة


ألا تدري أن الغطاء مانع للنظرة
أليس كل إنسان يميل بالرؤية

ألا تفهم أن النظرة الخاطفة القليلة
لا تكفي للاختيار والميل إلى المودة

معذرة لو صدر مني سوء معاملة
والعفو مأمول لدى الوميقة

والله صاحب السفر والعودة
وهو مزيل العسرة والشدة


وعليه الاعتماد في مراحل الحياة
وعليه التوكل في حل المشكلة

لعلها تعطي حلولا للمشكلة
بعد مرور رمضان هذه السنة

وإلا كل الأمور تنتهي بالمأساة
وتتبدل النعمة المتوقعة بالنقمة

ختاما الثناء لله خالق المحبة
غفرانك ربي من كل المعصية



Monday, July 28, 2008

Tokoh Ulama Negeri Kelantan (5)


Mufti Haji Wan Musa
(1875-1939)

Ahli tasawuf berpendirian tegas. Bergiat sezaman dengan Tok Selehong, Haji Che Leh Kg. Laut, Tengku Mahmud Zuhdi (Syeikhul Islam Selangor). Putera kedua Tuan Tabal dan adik kandung Mufti Haji Wan Muhammad, juga abang kepada Haji Nik Abdullah Khatib.

Nama penuhnya ialah Haji Wan Musa bin Haji Abdul Samad. Bapanya, Haji Abdul Samad bin Mohd Saleh al-Kalantani (lebih masyhur dengan gelaran Tuan Tabal) ialah penyebar tarekat Ahmadiyah di rantau ini, juga tergolong ulama pengarang yang banyak menulis kitab jawi - terpentingnya Mihat al-Qarib (1883).

Haji Wan Musa adalah seorang rakan seperguruan Tok Kenali, terkenal dengan fikiran-fikran yang berani tetapi kontroversi. Namun beliau terpilih dan ditawarkan jawatan Mufti Kerajaan Kelantan selepas pengunduran Mufti Haji Wan Ishak pada awal 1909.

Sikapnya yang tegas serta pandangan -pandangannya yang cenderong kepada reformasi telah menyeret beliau ke kancah pertelagahan pendapat dengan tokoh-tokoh 'Kaum Tua' seperti Haji Umar Sungai Keladi, Haji Ibrahim Tok Raja, Haji Ismail Kemuning dan Haji Ahmad Abdul Mannan. Di luar Kelantan pula, beliau pernah berpolemik dengan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani -penulis Tazkiyat al-Anzar (1920) yang menghujah balas pendapat Haji Wan Musa.

Antara persoalan kontroversi yang berbangkit sehubungan dengan pendapat beliau ialah isu membina masjid dengan harta zakat fitrah, hal muqaranah sembahyang, talqin, kain telekung sembahyang, talfiq mazhab, pemindahan harta wakaf atau pusaka dan perbahasan jilatan anjing. Keyakinannya kepada pendapat-pendapat yang pernah diluahkannya serta pertelingakhannya yang lama dengan tokoh-tokoh 'Kum Tua' menyebabkan beliau melepaskan jawatan Mufti pada pertengahan 1916.

Sebagai tokoh berwibawa, halaqat pengajian kitab di suraunya di Jalan Merbau, Kota Bharu berjaya melahirkan ramai pendakwah pelapis yang mampu mengajar baik di sekolah pondok mahupun sekolah moden. Mereka termasuklah Haji Saad Kangkong, Pak Su Wan Adam Kg. Laut, Haji Mohd Zain Meranti, Haji Nik Mat Alim Pulau Melaka, Haji Abdul Mannan Sumatera, Haji Abdul Wahid Melaka, Haji Ahmad Perak dan Haji Ayyub Kemboja. Putera-putera beliau sendiri pun tergolong alim ulama yang disegani. Antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan ialah Haji Nik Abdullah, Haji Nik Mat Nazir, Haji Nik Mud, Haji Nik Leh dan Haji Nik Mat Din. Pusaka lainnya ialah dua buah risalah terjemahan yang selesai disusun seawal 1906 lagi.

Mufti Haji Wan Musa kembali ke alam baqa' pada jam 3 petang Sabtu, 24 Zulkaedah 1357 bertepatan 14 Januari 1939 dan dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu.


Petikan ini diambil dari Arkib Negeri Kelantan
dan disususn oleh Ismail Che Daud.



Sunday, July 27, 2008

Isteri Cerdik Yang Solehah




Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata
Penawar hati
Penajam fikiran

Di rumah dia isteri
Di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijandikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan



Bila Seorang Sahabat Menangis...



Bila seorang sahabat menangis

aku juga turut menangis

Bila seorang sahabat berduka

aku jua turut berduka
Bila seorang sahabat bersedih
aku pula turut bersedih

Aku seorang sahabatnya

Mampu memberikan kata-kata
perangsang, nasihat serta motivasi jua
Mampu memberikan petunjuk jalan
agar dapat membuka mindanya

Mampu memberikan senafas kegembiraan
agar kedukaannya tidak berlarutan
Namun...
Kuasa pemutus di tangan engkau
natijah dan kesan di tangan Tuhan


Bila seorang sahabat menangis

Ku simpati dan terus simpati
Hidupku juga gelisah

merenung bagaimana perjalanan hidupnya nanti

yang penuh dengan onak duri


Tapi aku tahu

dia insan yang pasrah
Sabar dan tabah dengan kerenah suasana
Cekal menghadapi dugaan
Kuat menempuhi rintangan dan cubaan
Sanggup menjadi seorang lelaki yang bersifat kelelakian
Membiasakan diri dengan tugas seorang wanita
Dia sahabat yang hebat
Dia sahabat yang bertanggungjawab

Ku temankan hidupnya dengan penjelasan
Menyerikan hariannya dengan pandangan

Menyemarakkannya jua dengan ilmu pengetahuan

Pernah ku ditanya dengan persoalan
Apakah ini membawa padah?

dicemuh, dicaci oleh masyarakat?

Lalu aku menjawab
Beratnya cemuhan ataupun tidak

kau perlu berdepan dan bertindak

Di samping tahajjud hendaklah berserentak
Pohon petunjuk hidayah yang suci
Menjadi pengemis Rabbul Izzati

Agar hidup sentiasa diredhai


Wahai sahabat
...
Hidup ini tak lari dari ujian

Melanda, membadai, bergelombang dan menikam

setiap penjuru ia datang
menerkam jiwa membunuh perasaan
Tapi...itulah asam garam kehidupan

menjadikan hidup kita lebih matang
Berjuang tanpa mengira sebarang halangan

demi hari yang mendatang
bekalan untuk berjumpa Tuhan



* Khas buat sahabat seperjuangan di sana *



Saturday, July 26, 2008

Renungkanlah...



Terjemahan dari surah al-Hajj, ayat 5:

Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang hari kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai-bagai tumbuh-tumbuhan yang indah.




Wasiat As-Syeikh As-Sya'rawi Kepada Pemimpin




Terjemahan dari wasiat as-Syeikh as-Sya'rawi:

Dan sesungguhnya aku (Syeikh Mutawalli Sya'rawi) wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak akan menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan dari diriku ini dengan perkara-perkara yang menipu.

Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara yang ringkas kepada umat semuanya, samada dari pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).

Allah Taala telah menceritakan dialog antara Nabi Ibrahim dan Namrud. Apa yang Allah Taala kata?
"..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)..." - (al-Baqarah:258)

Kekuasaan itu Allah beri kepada sesiapa yang Dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah dengan sesebuah kerajaan (yang kamu perintah). Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

Aku berkata kepada kamu sekalian, kita semua, alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah: "..Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Innahum yakiidunakaidan wanakiidukaida.." (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah sallallahualaihi wasallam:
"..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..".

Wahai Tuan Presiden, akhirnya aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Syeikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata): "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami).

Wassalamualaikum


Sumber: youtube.com



Tokoh Ulama Negeri Kelantan (4)


Tok Selehong

(1872 - 1935)

Tokoh guru pondok paling terkemuka di Jajahan Tumpat selepas zaman Haji Abdul Malek Sungai Pinang. Seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Padang Jelapang, Tok Bachok, Tok Seridik dan Tok Kemuning. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Osman. Kadang-kadang dipanggil juga dengan nama Haji Abdul Rahman Syair atau Tok Syair kerana kepandaiannya mengarang syair.

Seorang daripada guru awalnya tentulah Haji Abdul Malek Sungai Pinang yang berdekatan dengan kampungnya. Kemudian menyambung belajar di Pondok Cha-ok, Patani, berguru dengan Tok Cha-ok @ Haji Abdullah bin Mohd Akib. Akhir sekali pergi mendalami pengajian di Kota Mekah dan berguru dengan Pak Chik Wan Daud Patani, Tuan Mukhtar Bogor, Tok Shafie Kedah dan ramai lagi.

Selepas 18 tahun bermukim di tanah suci Mekah, pulang ke tanah air (1921) lalu mengasas pusat pengajian pondok sendiri di pinggir Sungai Selehong. Di pondok inilah beliau mengajar dan mengembangkan pondoknya yang sangat dikenali ramai pada zaman itu. Bidang ilmu yang sangat ditumpukan ialah ihsanuddin atau tasawuf dengan Syarh Hikam ibn Ata' Allah sebagai teks utama.

Tok Guru Selehong masyhur sebagai ahli sufi yang zahid. Bagi tujuan supaya hatinya tidak tertambat kepada dunia, beliau menggali sebuah lubang khas dalam kawasan tanah perkuburan Islam berhampiran Pondok Selehong yang dijadikannya semacam kamar khusus tempat beliau beribadat dan bersuluk.

Hobi tok guru yang pandai bersilat ini pun agak aneh. Beliau bukan sahaja sering keluar memukat ikan dan berburu rusa, malahan meminati haiwan yang cantik-cantik seperti kuda, biri-biri jantan, ayam jantan laklung (persis ayam serama zaman kini).

Bapa mertua kepada Tuan-tuan Guru Haji Ahmad Batu Tiga Repek dan Haji Awang Beta ini kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 malam Khamis, 18 Zulkaedah 1353H bersamaan 20 Februari 1935M dan dikebumikan di Kubor Selehong, Tumpat.

Kegiatan dakwah Islamiyyah diteruskan oleh murid-muridnya hinga ke hari ini. Antara yang masyhur termasuklah Pak Chu Che Abbas Kelong, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Pak Man Berangan, Hj. Che Mamat Kok Keli, Hj. Awang Lambor, Hj. Yaakub Wakaf Bharu, Hj. Abdul Rahman Dalam Pator, Hj. Abdul Rahman Tendong, Hj. Abdul Rahman Pohon Tanjung, Hj. Abdullah Tal Tujoh, Hj. Che Mat Padang Upeh, Hj. Abdul Aziz Kg. Tujoh, Hj. Mat Bola Geting, Hj. Saleh Pedada Bunohan, Pak Su Wil Kg. Dangar, Hj. Abdul Kadir Gaal, YB. Hj. Muhammad Batu Hitam dan Hj. Wan Abdul Latif Jerteh (Terengganu).


Petikan ini diambil dari Arkib Negeri Kelantan
dan disusun oleh Ismail Che Daud




Friday, July 25, 2008

Pameran Buku Antarabangsa, Amman

Pameran Buku Antarabangsa, Amman, Jordan kali yang ke 12 telah diadakan pada 15 hingga 25 hb Julai 2008, bertempat di Kulliyyah al-Mujtama' al-Arabi, berdekatan dengan Hospital Universiti Jordan. Pameran tersebut dibuka pada jam 9 pagi hingga 1 tengahari dan 5 petang hingga 11 malam. Kecuali pada hari Jumaat hanya pada jam 5 petang hingga 11 malam.






Alhamdulillah, saya sempat membeli kitab-kitab kegemaran saya seperti kitab-kitab lughawiyyat, adabiyyat, balaghiyyat, i'rab al-Quran, juga kitab-kitab dirasah Islamiyyah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Junah al-Mamlakah al-Arabiyyah as-Saudiyyah kerana sudi memberi hadiah-hadiah yang lumayan kepada saya seperti al-Quran, tafsir, kitab-kitab agama, CD dan lain-lain lagi. Jazakumullah khairan kathira.



Wednesday, July 23, 2008

Tokoh Ulama Negeri Kelantan (3)

Haji Abdul Malek Sungai Pinang
(1834- 1934)


Tokoh guru pondok akhir abad ke-19 dan awal abad ke 20 yang seangkatan dengan Tok Mesir, Tok Ayah Kerasak, Haji Nik Mat Dagu dan Haji Ismail Pengkalan Paung. Rakan akrab Haji Abdul Latif Jalaluddin (Bilal Masjid Kayu Kota Bharu).

Nama penuhnya ialah Haji Abdul Malek bin Hasan. Lahir di Kg. Sungai Pinang, Tumpat, sekitar 1834 dari kalangan keluarga yang sangat miskin. Menuntut ilmu di Patani dan Kota suci Mekah selama 14 tahun. Beliau masyhur alim al-Quran dan kitab jawi.

Selain mengajar al-Quran dan kitab jawi beliau banyak terlibat dalam usaha membanteras amalan khu
rafat dan syirik, termasuk memuja kubur serta amalan ilmu sihir.

Di peringkat negeri pula, beliau turut tersenarai dalam panel ulama yang dijadi
kan pakar rujuk oleh Sultan Mansor Ibn Sultan Ahmad (dekad 1890-an) dalam menguatkuasakan undang-undang Islam seperti hukuman hudud kepada pencuri dan pembunuh (diarak keliling pekan), hukuman ta'zir kepada orang yang tidak berpuasa dan tidak menutup aurat (dilumur belaking).

Kebanyakan murid-murid Tuan Guru Haji Abdul Malek diberkati Allah dengan ilmu mereka serta berjaya melahirkan barisan pendidik pelapis pada zaman masing-masing. Antara murid-murid kenamaannya: Tok Jerulong @ Haji Mohd. Said Muhammad, Haji Samat Hasan Padang Chenok, Haji Che Mat Taib Pasir Pekan Hilir, Haji Ismail Musa Temangan, Haji Wan Abdullah Kg Chap/ Sungai Pinang, Wak Haji Khatib Ahmad Bemban/ Binjal, Tok Kedah @ Haji Idris Penggawa Kangkong, Haji Mahmud Ali (Imam Kangkong), Haji Daud Saamah (bapa kepada Tuan Guru Haji Saad Kangkong), Haji Mohd Akib Ismail Kg Kelar, Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang, Tua Guru Haji Abdullah Senik (Pengasas Pondok Padang di Pasir Mas), Tuan Guru Haji Wan Ahmad Abdul Halim (Pengasas Pondok Padang Jelapang) Tuan Guru Haji Abdul Rahman Osman (Pengasas Pondok Selehong), Tuan Guru Haji Yusoff Abdul Rahman (Pengasas Pondok Pulau Ubi), Haji Ibrahim Tok Raja (Mufti Kerajaan Kelantan) dan Haji Seman Sering (Kemudian lebih terkenal dengan nama Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani).


Datuk kepada Dato' Dr. Nik Safiah Karim (profesor Adjung di Universiti Malaya) ini kembali ke rahmatullah di Sungai Pinang pada malam rabu 11/ 12 Ramadhan 1353H bersamaan 18 Disember 1934M.


Petikan ini diambil dari Arkib Negeri Kelantan
dan disusun oleh Ismail Che Daud




Tokoh Ulama Negeri Kelantan (2)

Syeikh Osman Jalaluddin Al-Kalantani
(1880- 1952)


Salah seorang guru pondok dan ulama pengarang tersohor di Semenanjung Melayu pada suku kedua abad ke 20 Masihi. Seangkatan dengan Tok Seridik, Haji Ismail Pontianak, Haji Omar Banggol Kulim, Dato' Perdana, Haji Mat Jebing. Beliau bukan sahaja terkenal di Kelantan dan Pulau Pinang, tetapi juga terbilang di Mekah.

Nama penuh tokoh ulama kelahiran Kg Panjang, daerah Sering di sempadan jajahan Kota Bharu/ Bachok pada penghujung 1297H/ 1880M ini ialah Haji Osman bin Muhammad. Lantaran itu pada peringkat awalnya beliau lebih dikenali dengan panggilan Haji Seman Sering.

Beliau termasuk dalam kumpulan murid kesayangan Tok Kenali. Juga pernah berguru dengan Haji Jamaluddin dan Haji Abdul Malek Sungai Pinang. Di Mekah pula, beliau sering mendampingi Tuan Mukhtar Bogor ( Syeikh Mohd Mukhtar bin Atarid) yang ternama itu.

Namanya mula 'timbul' selepas kejayaan beliau mendirikan Madrasah Manabi' al-Ulum (1932) di Penanti, Bukit Mertajam. Madrasah ini kemudiannya muncul sebagai pusat pengajian pondok yang paling maju di Seberang Perai, khususnya pada dasawarsa 1930-an dan 1940-an.


Sebagai pendidik yang dedikasi beliau banyak menghasilkan karya sendiri dan terjemahan. Syeikh Osman bukan sahaja berhati-hati dalam menghasilkan sesuatu karangan, tetapi juga selalu memilih topik yang berkait rapat dengan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat. Kitab al-Durrat al-Nafi'ah (alamat qiamat) karangannya meletakkan beliau sebagai sasterawan Islam yang berpandangan jauh kerana ia dianggap buku berbahasa Melayu paling terperinci membicarakan perihal tanda-tanda dunia hampir qiamat.

Di samping itu Syeikh Osman kerap berulang alik ke Mekah dan diberi kepercayaan di Masjid al-Haram. Sebab itu muridnya ramai. Mereka termasuk Hj Abdul Rahman Sungai Durian, Hj Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj Abdullah Lati, Hj Abdullah Kg Laut, Hj Hasan Ketereh, Hj Abu Bakar Bukit Tiu, Hj Mohd Ibrahim Akibi Pulau Pinang, Hj Ismail Merbok Hj Husein Umbai, Hj Abdul Ghani Kubang Bemban dan antara yang masih ada lagi ialah Ustaz Abdul Kadir Kamaluddin (lahir 1921), Ketapang Tengah, Pekan, Pahang.


Tokoh yang amat mementingkan istiqamah dan disiplin diri ini ditakdirkan meninggal di tanah suci Mekah waktu fajar hari Jumaat 30 Zulhijjah 1371H bersamaan 19 September 1952M.



Petikan dipetik dari Arkib Negeri Kelantan
dan disusun oleh Ismail Che Daud.




Masjid al-Azhar Dalam Kenangan



Gambar-gambar Masjid al-Azhar






















Sempat pergi 'menadah kitab'
dengan beberapa orang syeikh di Masjid al-Azhar







Saturday, July 19, 2008

Lelaki Idaman Saya

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat


Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dan rahmat Allah ke atasnya


Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Menuju cinta yang abadi
Tuhan Rabbul Izzati
Dialah lelaki idaman saya


Dipetik dari Majalah Muslimah
Diubah suai oleh tuan empunya blog

19 Julai 2008M bersamaan 16 Rejab 1429H



Friday, July 18, 2008

Rindunya...














Kempen Anti Rokok Berkesan!

Merokok Haram!

Dar Fatwa Negara Mesir telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok hukumnya haram qat'ie (secara putus/ tidak syak lagi). Fatwa tersebut telah dikeluarkan pada 25 Jamadil Awal 1420 Hijriah bersamaan 05 September 1999M. Ini kerana penggunaan tembakau memberi mudharat pada diri sendiri, yang mana rokok banyak menyebabkan kemudharatan kepada perokok dan juga kepada mereka yang berada di sekelilingnya. Merokok juga hanyalah satu pembaziran yang amat ditegah oleh Allah SWT.


Allah azza wajalla berfirman yang bermaksud: "dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah Maha menyayangi kamu". FirmanNya lagi: "Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke arah kebinasaan, dan hendaklah kamu berbuat baik, sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berbuat kebaikan".

Oleh itu dapat difahami bahawa merokok adalah haram mengikut ukuran hukum syarak.


Oleh:
Dr. Nasr Farid Wasil
Mufti Kerajaan Mesir.

___________________________________________

Kepada perokok-perokok samada lelaki atau perempuan yang cinta dan kasih pada rokoknya, diharapkan dapat berfikir secara waras dan rasional agar kita dapat membelanjakan duit kurniaan Allah sesuai dengan apa yang dikehendakinya berpandukan perlembagaan syarak. Jika anda seorang 'gentleman' atau 'gentlewoman', kenapa anda sanggup merosakkan diri anda dengan rokok musuh dalam selimut itu?. Dan tak lupa juga anda suka menghumbankan orang di sekeliling anda agar turut sama menerima padah kesan dari asap rokok yang ada hembuskan. Fikir dan renunglah sejenak, semoga kita dapat menjadi kuli Allah yang diredhainya, pengemis yang mendapat perhatian dariNya. Aamin!



Thursday, July 17, 2008

Ziarah Mesir siri 8

Berada di Iskandariah


Terima kasih saya ucapkan pada ukhti Nash dan kawan serumahnya kerana sudi menerima saya dan akhawat yang lain sebagai tetamu mereka. Kami singgah di rumah mereka sebagai tempat penginapan seketika untuk menziarahi kawasan Iskandariah sebelum bertolak pulang ke Qaherah tempat yang ku gemari. Di Iskandariah atau nama 'orang putihnya' ialah Alexandaria, tempat yang terkenal dengan kawasan pelancongan, amat menarik perhatian para pelancong khususnya di kawasan taman Momtazah. Di sini saya muatkan gambar-gambar ketika bersiar-siar di taman tersebut.





















Istana Raja Farouq








Masjid di kawasan taman tersebut








Dialah Permata Yang diCari



Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi


Lembut tutur bicaranya
Meneri hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini


Ya Allah...
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti bencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki


Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariatMu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuanMu


Ya Allah...
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmatMu


Sumber: youtube.com



Wednesday, July 16, 2008

Ziarah Mesir siri 7


Lawatan ke 'majma' al-bahrain'

"مرج البحرين يلتقيان بينهما برزخ لا يبغيان"

Pertembungan antara nahr nil dan bahr al-abyadh almutawassit.
Betapa hebat dan 'azhimnya Allah pencipta alam ini dapat menjadikan pertembungan antara sungai yang rasanya tawar dan laut yang masin.


Firman Allah yang bermaksud: "Dialah yang mengalirkan dua lautan tersebut yang satunya rasa tawar kemanisan dan yang keduanya rasa masin, dan Dialah jua yang menjadikan pendinding yang menegah dari percampuran di antara kedua-duanya".






Laut dipukul ombak





Kapal yang dilambung ombak di laut al-abyadh al-mutawassit



Kapal di Sungai Nil yang tenang



Rumah tumpangan di kawasan tersebut



Memerhati penjual yang membuat 'ole ole gula'




Tuesday, July 15, 2008

Ziarah Mesir siri 6


Menziarahi
Maqam Muhammad bin Abu Bakr As-Siddiq RA,

maqam Abdullah bin Salam,
maqam as-Syeikh Jad al-Haq


Maqam Muhammad bin Abu Bakr as-Siddiq






Catatan ringkas tentang riwayat hidup
Muhammad bin Abu Bakr as-Siddiq




Batu besar yang terletak di hadapan
Maqam Muhammad,

dikatakan bahawa batu ini diambil untuk menutup maqam beliau sebelum dipindahkan ke kawasan maqamnya sekarang



Kemudian kami juga sempat menziarahi maqam Abdullah bin Salam yang merupakan orang yahudi yang pertama memeluk Islam. Tetapi saya tidak sempat mengambil gambar maqam beliau. Kemudian menuju ke maqam as-Syeikh Jad al-Haq, juga salah seorang ulama Mesir yang terkenal.


Masjid as-Syeikh Jad al-Haq



Hospital as-Syeikh Jad al-Haq