Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Friday, August 14, 2009

Renungan Buat Para Isteri Dan Bakal-Bakal Isteri

Oleh: Zamri Keciks

Buat sang suami, fikir-fikirkanlah!

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak untuk anak-anak, sarapan untuk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah 'komplen' pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, 'fashion' yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber't-shirt' dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, 'carreer', mempunyai 'taste' yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai 'fashion', korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri 'slimming session' dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya): Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara untuk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari iman, dan perkahwinan juga tempat kita diuji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah.

Bagi lelaki yang berfikir untuk bertindak seperti ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yang sempurna. Jadikanlah kebaikan seseorang isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukan seseorang isteri itu sebagai tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. In syaa Allah...



Dicatat oleh: Drs. Khalil Idham Lim

idhamlim.blogspot.com



Monday, April 20, 2009

Ghurabaa'

zwani.com myspace graphic comments

ISLAM

Do you really know what it is?
Ever wonder...



Why a nun can be covered
from head to toe

and she's respected for devoting
herself to god,






and when a muslimah does that
,
she is "oppressed"?





Why a jew can grow a beard
and he's just practicing his faith,





and when a muslim does that
he's an extremist?






When a western woman stays at home
to look after the house and kids
she's sacrificing herself
and doing good for the house hold,


but when a muslim women does so,
she "need to be liberated"?



Why is it that when a child
dedicates himself
to a subject,
he has POTENTIAL,


and when a child dedicates
himself to Islam,

he is HOPELESS?



When a christian or Jew kill someone,
Religion is NOT mentioned,




but when a muslim is charged
with a crime
it is Islam that goes to Trial?



But then again,
why is it after all that


Islam is still the FASTEST
growing religion in the WORLD?




PROUD TO BE A MUSLIM



Saturday, July 26, 2008

Renungkanlah...



Terjemahan dari surah al-Hajj, ayat 5:

Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang hari kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai-bagai tumbuh-tumbuhan yang indah.




Tuesday, June 10, 2008

Fikir Sejenak

Setiap hari kita mendengar keganasan israel ke atas umat Islam di Palestin. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan luahan betapa peritnya hidup di negara yang dihujani dengan bedilan-bedilan dan peperangan yang tiada henti-henti. Kehidupan umat Islam di sana dalam ketakutan dan kesedihan yang hanya mengharap pertolongan dari Allah swt dan saudaranya sesama Islam dari negara-negara lain.

Keganasan dan kegilaan yang dilakukan oleh Israel di bawah tajaan Amerika Syarikat membuktikan bahawa negara-negara tersebut bukanlah negara yang bertamadun sebagaimana yang diwawarkan dan tidaklah menjadi negara contoh dan tersohor sebagaimana yang diinginkan oleh kebanyakan negara-negara lain. Ini kerana satu-satu negara itu tidaklah dianggap bertamadun kerana sains dan teknologinya sahaja bahkan akhlak dan moral serta perikemanusiaan juga merupakan ukuran tamadun bagi sesebuah negara.

Apa yang ingin saya suarakan di sini bahawa kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya perlu sedar bahawa keganasan dan kebencian Israel ke atas umat Islam tak akan hilang selama-lamanya. Oleh itu kita haruslah menyokong dan mendokong setiap gagasan yang dibuat oleh mana-mana pihak untuk membantu rakyat Palestin dan negara-negara lain yang dahagakan ‘kemerdekaan’ daripada cengkaman zionis yang terkutuk itu.

Cadangan-cadangan dan pendapat-pendapat yang diwawarkan melalui media massa perlu diambil perhatian dan direalisasikan bukan sekadar kata-kata yang tidak dikotakan. Sebagai contoh kita terus memboikot barangan buatan Amerika Syarikat atau mana-mana syarikat atau agen-agen di bawah tajaannya bukan sekadar menagih simpati dengan umat Islam tersebut sedangkan sebatang rokok masih tersepit di jari kita.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana negara kita terlepas dan aman dari peperangan dan keganasan sebagaimana yang dirasai oleh sesetengah umat Islam di negara- negara yang lain. Oleh itu hendaklah kita berwaspada dan membuat persiapan agar negara kita tetap menjadi milik kita.