Wednesday, September 30, 2009

Perutusan Hari Raya: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawih, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, bukan saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus. Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain. Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya orang yang tidak berkemampuan tidak ramai. Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka.

Wallahu a'lam.


Sumber: harakahdaily.net


Saturday, September 26, 2009

Salam Eidil Fitr


Friday, September 11, 2009

Attention...!


Attention!


Lailatul Qadr
Is Around The Corner,

Let's Prepare For The Precious Moment
!



Ramadhan;


Could I Khatam al-Quran In This Blessing Month?


Yes! I Can,


You Can,


We Can.


Allahu Akbar!




Monday, September 7, 2009

Tawaran Terhebat !


Tawaran terhebat
Hanya di Bulan Ramadhan al-Mubarak !


Bersama Imam Undangan:
Para hafiz & qari jemputan dari seluruh negara


Hadiah & Bonus hebat
menanti anda untuk dimenangi:
  • keredhaan Allah
  • keampunan Allah
  • balasan syurga
  • bonus 1000 bulan
  • tingkatkan taqwa
  • potongan 100%
  • sihat tubuh badan
  • rezeki mencurah
  • doa dimakbul
  • Lailatul qadar
  • dan banyak lagi



Kunjungilah mas
jid dan surau
yang disediakan di tempat anda


Rebutlah tawaran paling lumayan
dari Allah swt ini
selagi stok umur masih ada



Untuk keterangan lanjut:
Sila rujuk al-Quran dan al-Hadith
dan alim ulama berhampiran anda!



Tawaran sah mulai:

Tarikh: 1 - 30 Ramadhan
Masa: 24 jam (siaran langsung)
Tempat: seluruh pelusuk alam



Acara menarik:

  • puasa siang hari
  • bersahur
  • solat tarawih
  • zakat fitrah
  • zikrullah & doa
  • majlis tazkirah
  • berbuka puasa
  • sedeqah jariah
  • iktikaf di masjid
  • qiamullail
  • tadarus al-Quran
  • umrah Ramadhan
  • dan macam-macam lagi

Syarat penyertaan:
  • warganegara muslim
  • mukmin sejati
  • ikhlas & jujur
  • baligh & berakal
  • ikut peraturan
  • solat fardhu tak cuai


Sumber:
Kalam Huffaz ,Towards a Unique Hufaz Generation,
2nd Edition - Ramadhan



Laka Ya Ramadhan



ضيفُنا الغالي أطَلا *** عائداً من بعدِ عام ِ


جئتنا! أهلاً وسهلا *** فيكَ، يا شهرَ الصيام ِ



أيها الضيفُ الكريمُ: *** نحنُ واللهِ الضيوفُ


أيها الشهرُ العظيمُ: *** فيك ترتصُّ الصفوفُ



كم غنيٍّ.. كم فقيرِ *** حلـّـقا فوق السحابِ


في حبورٍ..في سرورِ *** هكذا جيلُ الصِّحابِ



!كم نفوسٍ ..كم رؤوس ِ *** كلُّـها لله ساجدْ


!كم بدورٍ و شموسِ *** تزدهي فيها المساجدْ



كم سجودٍ، كم ركوع ِ *** كم صلاةٍ ، كم زكاةِ


كم خشوع ٍ.. و دموعِ! *** هاهنا طِيبُ الحياةِ




فتعالوْا ياصِحابي *** هاجروا نحو السماءِ


في فضاءاتِ الكتابِ *** حلـّقوا،أوفي الدعاءِ


ربِّ أنعمتَ، ونشهَدْ *** بجليل النـُّعمَياتِ


هل نرى راياتِ أحمدْ *** في البرايا خافقاتِ؟



!هل تُرى نفطرُ يوما *** في نهار الصومِ مَرّةْ


!في سبيل اللهِ كيْما *** نستعيدَ القدسَ حُرةْ



Thursday, September 3, 2009

A Ramadhan Checklist


1. Ask Allah to enable you to reach Ramadan and to get the most out of it as the Salaf used to do.

2. Intend to fast every day with Iman and pure intention seeking the reward from Allah alone. The Prophet peace be upon him said, "Whoever fasts in Ramadan with Iman and seeking reward (from Allah) his past sins will be forgiven". (Bukhari)

3. Read the whole Qur'an at least once as the Prophet peace be upon him did.


4. Have Suhoor as the Prophet peace be upon him said, "Have Suhoor because it is blessed".

5. Make Du'a during the fast because the Prophet peace be upon him said that three people's supplication is not rejected one of them is the fasting person. Ask for the good of this life and the next for yourself, your family and Muslims in general.

6. Make Dua before opening the fast. The Prophet peace be upon him said, "The fasting person has a supplication that is answered when he opens his fast".

7. Give Sadaqah and be good to people. The Prophet peace be upon him was the most generous of people and he was most generous in Ramadan.

8. Avoid anything that diminishes the fast such as, lying, backbiting, cheating, getting angry. The Prophet peace be upon him said "Whoever does not give up false statements (i.e. telling lies), and evil deeds, and speaking bad words to others, Allah is not in need of his (fasting) leaving his food and drink." [Bukhari]

9. Do not eat too much after Iftar.

10. Ask for forgiveness since this is the month Allah frees people from the fire.

11. Pray At-Tarawih with Khushoo. If you pray in the Masjid complete the Salah with the Imam. If you pray at home prolong the Salah as long as you can. The Prophet peace be upon him said, "Whoever prays during Ramadan with Iman and seeking reward (from Allah) his past sins will be forgiven".

12. Feed the poor and invite others for Iftar. The Prophet peace be upon him said, "Whoever gives Iftar to someone fasting he will have the same reward without decreasing the reward of the person fasting".

13. Try harder the last ten nights especially the odd nights. The prophet would strive in Ramadan more than he would in any other month and more so in the last ten days.

14. Say this Dua in the nights that Laitul-Qadr is likely to fall on: Allhumma innaka afuwun tuhibbul-afwa fa'fu anni (O Allah you are Forgiving and love forgiveness so forgive me).

15. Ask Allah to accept all your good actions during this month.



By Abu Talha



http://english.islamway.com/bindex.php?section=article&id=241