Tuesday, June 30, 2009

Ziarah Turki, Syiria

Pada 19 Jun yang lalu, aku bersama segerombolan akhawat dan beberapa orang syabab di bumi Jordan ini menziarahi Turki dan Syiria, yang dianjurkan oleh Ustaz Hazimin dan Ustaz Zaid. Kami bertolak ke sana dengan bas pada jam kira-kira 11.30 pagi, dan sampai ke bumi Sweileh, Amman pada 28hb yang lalu. Apapun ku ucapkan tahniah buat penganjur, kerana anda berjaya mengadakan trip yang penuh bermanfaat ini. Di Turki, kami sempat melawat Antakya, Konya, Adana, Bursa, Istanbul, Cappadocia dan Kayseri.




Sampai ke border Turki











Di bandar Antakya, melawat Masjid Habibunnajjar







Di Bandar Konya, menyaksikan persembahan zikir mevlana, di Mevlana Cultural Markeze.






Di Istanbul, tempat yang ditunggu-tunggu. Dapat menziarahi Masjid Biru (Blue Mosque), Topkapi Palace, Museum Ayasofea dan lain-lain.







Di Eminonu, singgah di Restoran Ikan Bakar.









Di Kaza Han, Bazar Sutera











Di Cappadocia









Di Kayseri, Negeri asal Perdana Menteri Turki, Abdullah Gul.







Meninggalkan Negara Turki.
Gule-Gule Turkiye.








Singgah di Halab, Syiria.
Masjid Umawi Kubra.








Singgah di Hama, Syiria.
Melihat kincir air yang tertua.




Di Hama juga sempat singgah mat'am yang begitu klasik. Apa yang menggembirakan ialah saya dapat beli 3 buah buku yang cukup berfaedah buat diri saya.



Al-hamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhanku yang memperjalankanku untuk melihat Bumi Turki, dan sekali lagi dapat menapak di bumi Syiria. Mudah-mudahan aku akan diperjalankan lagi oleh penciptaku untuk menikmati keindahan alam di bumi lain pula. Aku pulang ke Bandar Sweileh dengan hati yang gembira.



Sunday, June 28, 2009

Bila Aku Berehat Seketika Dari Mu...

Sudah lebih seminggu aku tidak berbicara denganmu. Biasanya di alam mayalah salah satu tempat aku berseronok, berbicara, bertukar-tukar fikiran dan sebagainya. Namun, ku berehat seketika darimu, meninggalkanmu sementara waktu. Aku telah menziarahi Turki dan Syiria bermula 19hb Jun yang lalu dan selamat pulang pada pagi hari ini 28hb Jun 2009. Al-hamdulillah dengan izinNya dapat juga aku menghabiskan masa cuti semester kali ini dengan melawat negeri orang.

Sebagaimana biasa, walaupun aku merantau jauh, hatiku sentiasa bersamamu, alam blog yang cukup menceriakanku. Dalam perjalanan, idea datang mencurah-curah untuk aku luahkan padamu. Ingin ku catatkan segala perasaan, suka duka, tangisan serta gelak tawa yang sentiasa mengerumuni diriku. Entahlah, setiap kali aku dalam perjalanan, aku berada di dunia lain. Dunia yang cukup bermakna bagiku. Kadang-kadang ku bimbang juga, kalau-kalau manusia lain yang bersamaku dalam bas itu memerhatikan gelagatku. Namun, aku pasti mereka telah berada di alam mimpi.

Syukur pada Tuhan lagi, aku merantau, melawat dan melancong banyak mengenalkan aku tentang kehidupan manusia; budaya mereka, muamalah, bahasa mereka, lebih-lebih lagi tentang sejarah negara Turki, pemerintahan, kedudukan geografi dan sebagainya. Satu pengalaman yang cukup berguna buat diri ini.

Pergi ke sana bersama orang-orang Amman, akhawat dari Irbid yang banyak menemaniku. Terima kasih buat anda semua. Temanku tak dapat menemaniku ke sana. Al-maklumlah, kelasnya bermula awal, pada 21 Jun yang lalu. Aku pasrah, walaupun pada permulaannya rasa kurang best juga tanpa bersamanya.

Hidup di bumi Turki, makanan lebih kurang kat Jordan lah juga. Kalau kat Sweileh ni, aku boleh masak masakan Malaysia, namun kat sana banyak makan roti lah jawabnya. Sebaik saja aku bertolak dari Syiria nak pulang ke Jordan ni, aku terus hubungi temanku agar menyediakanku masakan nasi Malaysia. Jutaan terima kasih untuknya. Pacakan kalimah 'kerjasama' itulah menjadikan hidup lebih ceria. Penulis blog saifulislam.com ada menyebut: "Erti Hidup Pada Memberi".

Sebaik saja sampai ke rumah, laptoplah tempat tujuku. Walaupun kepenatan yang tak terkata, tapi mata tetap nak buka internet. Nak tengok e-mel-emel di peti yahoo, mesej-mesej offline, nak buka blog yang sudah lama tak di update, nak tengok berita-berita terkini di bumi Malaysia, nak dengar tazkirah-tazkirah yang banyak menyedarkan diriku ini. Aku juga nak hubungi mama yang dah lebih seminggu ku tidak mendengar berita darinya.

Al-hamdulillah, semuanya beres, dapat ku hubungi keluarga, dapat ku membalas segala e-mel dan mesej yang ditinggalkan. Dapat ku puaskan jiwaku dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat demi bekalanku mengingati Tuhan.



Friday, June 19, 2009

Ziarah Mahabbah Ke Rumah Warga Tua, Amman

Semalam, 18 Jun 2009, saya dan warga Sweileh bersama pelajar-pelajar dari Irbid, Mu'tah dan Mafraq menziarahi Rumah Warga Tua, Juwaidah, Amman yang dianjurkan oleh MSD, Malaysia, Jordan. Kira-kira jam 11 pagi kami sampai di sana. Program ini berakhir lebih kurang jam 2 petang.

Ziarah mahabbah warga tua ini mengingatkan saya kepada mama yang berada di kampung. Al-hamdulillah Allah memberi keizinan kepada saya untuk menghubungi mama setiap hari, yang jauh di mata tetapi dekat di hati.

Di sini saya sertakan sedikit gambar-gambar kenangan ziarah mahabbah bersama warga tua yang tak dapat saya lupakan.

Monday, June 15, 2009

Jenazah Dr. Fathi Yakan Selamat Dikebumikan

Oleh: Taman Ulama

Al-Jazeera melaporkan pada jam 12.19 (waktu Makkah Al-Mukarramah tadi bahawa ribuan umat Islam khususnya dari gerakan Islam menghadiri majlis solat jenazah Dr Fathi Yakan di Masjid Tinal di Tripoli, Utara Lubnan. Sebahagian daripada mereka tidak dapat masuk ke dalam masjid berkenaan. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas solat asar kelmarin.

Di antara yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Perarakan menuju ke tanah perkuburan, bagaikan satu demonstrasi yang besar apabila mereka melaungkan slogan-slogan Islam dan kata-kata semangat. Subhanallah!

Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amin.

Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:

مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamanya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Sumber:
- http://ibnu-ismail.blogspot.com/
- http://akhisalman.blogspot.com/


Sunday, June 14, 2009

Intisari Kuliah Jumaat, 12 Jun 2009: Bersama TG Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kuliah pagi Jumaat bersama TG Nik Aziz pada kali ini, melalui portal TV Kelantan, menyambung kuliah yang lepas iaitu tafsir ayat-ayat dari surah al-Hujurat. Diumumkan sekali lagi bahawa kuliah bersama TG ini diadakan pada jam 9.30 - 10.30 pagi (waktu Malaysia) bersamaan jam 4.30 - 5.30 pagi (waktu Jordan).

Pada permulaan kuliah ini, TG memberikan takrifan tentang maksud al-Hujurat, iaitu bilik-bilik Nabi saw, yang mana rumah Nabi saw bukanlah seperti banglo atau mahligai bahkan seperti bilik-bilik.

Dunia ini bukanlah tempat untuk kita bertapak selama-lamanya, dan yakinlah kita akan pergi meninggalkannya, bahkan akan dibawa pergi. Dalam surah yaasin, ayat yang terakhir ada menyebut yang bermaksud: "...dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (akan dipaksa balik).

Bagaimana kita nak berjumpa dengan Allah yang Maha Kaya, Maha Gagah, lebih handal, kalau kita tidak mempunyai apa-apa bekalan untuk berjumpa denganNya?! Sebagai contoh, kalau kita memandu kereta, bila berjumpa dengan 'road block', kita akan rasa berdebar-debar dan berfikir tentang lesen kereta dah ada ke? cermin kereta macam mana? tali pinggan dah pakai ke? dan sebagainya. Padahal biasanya kita terlepas dari kena saman. Namun, itulah keadaannya bila kita berdepan dengan polis, orang yang berkuasa. Begitulah juga diri kita dengan Allah swt yang lebih berkuasa dari polis, hendaklah kita sentiasa bersiap sedia dan berhati-hati serta berasa berdebar-debar memikirkan tentang persiapan untuk berjumpa dengan Allah swt.

Ajaran ini tidak ada dalam fahaman komunis, demokrasi, sosialis dan sebagainya. Bahkan Islamlah yang mengajar kita agar balik kepada Allah swt, Tuhan yang menciptakan dunia ini.

Minggu lepas, dalam surah al-hujurat ini, Allah melarang kita dari bercakap kasar dengan Rasul saw. Kerana Rasul ini dipilih oleh Allah, bukannya orang kampung yang mengundi dan memilih Baginda. Bila Allah sendiri yang memilih Baginda, maka pada dirinya itu ada maklumat untuk disampaikan kepada manusia. Sebagaimana duta yang dilantik oleh sesebuah kerajaan, maka beliau ada maklumat tentang kerajaan itu untuk disampaikan kepada orang ramai.

Oleh itu, sebarang aktiviti kebaikan (pahala) kita, hendaklah dijaga supaya tidak terhapus dan supaya ia boleh menjadi bekal kita di akhirat nanti. Sebagaimana duit juga boleh hilang, maka pahala juga perlu dijaga agar tidak hilang. Kalau kita terus- menerus melawan Allah dan Rasul, maka kita akan tinggal sebatang kara di dalam kubur tanpa ada peneman iaitu amalan baik atau pahala dari Allah swt.

Kali ini, pada ayat yang ke 3, yang bermaksud: "Sesunggguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah, mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar".

Di dunia ini sebenarnya kita sedang diperiksa oleh Allah swt dan pegawainya ialah Malaikat untuk mendapat pahala atau dosa. Orang yang lulus peperiksaan ialah orang yang merendahkan suara bila berdepan dengan Nabi saw. Namun, sesetengah orang Arab yang baru memeluk Islam pergi ke rumah Nabi, mereka bercakap dengan suara yang tinggi bila berdepan dengan Baginda.

Begitu juga bila kita masuk ke rumah Allah (masjid), hendaklah kita beradab. Jangan jadikan masjid itu sepertimana keadaan kita berada di rumah. Bahkan perlu ada adab-adab dan tatacaranya. Ini kerana masjid merupakan tempat 'store' untuk mendapat rahmat Allah swt.

Bila berada di masjid juga, cubalah kita merasakan seolah-olah Nabi ada bersama kita. Hatta dalam solat pun, dalam bacaan tahiyyah kita menyebut "assalamu 'alaika ayyuhannabiyyu warahmatullah...", di sini huruf al-kaf ialah dhamir mukhatab (kata ganti nama) iaitu "kamu" memberi isyarat pada kita bahawa Nabi hampir dengan kita. Tujuannya agar kita sentiasa ingat kepada Allah swt dan Nabi saw.

Ayat yang ke 4 dan 5 telah dihuraikan pada minggu yang lepas. Bagi ayat yang ke 6, firman Allah yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu."

Dalam ayat ini kalimah "tabayyanu" (periksalah dengan teliti) mempuyai enam huruf, yang mana pada asalnya dari kalimah tiga huruf "baana" "yabiinu" "bayanan watibyanan" membawa maksud zahir atau jelas. Dalam Bahasa Arab ada menyatakan bahawa semakin banyak huruf dalam satu-satu kalimah menunjukkan semakin kuat maknanya. Oleh itu kalimah "fatabayyanu" dalam ayat ini membawa makna "maka hendaklah kamu membuat kajian sepenuhnya sehingga jelas". Oleh itu setiap berita yang datang dari mereka yang fasik hendaklah diperjelaskan (siasat terlebih dahulu) agar tidak berlaku musibah tanpa mengetahui keadaannya.

Akhirnya, kuliah ini ditangguhkan dan in syaa Allah pada minggu hadapan akan disambung lagi tafsiran surah al-Hujurat ini. wassalam.



Saturday, June 13, 2009

Bersama Akhawat Bait Insyirah, Irbid & Akhawat Dari Mu'tah

Cuti semester pada kali ini cukup menyeronokkan bagi saya. Kalau semester lepas, saya banyak menghabiskan cuti di Irbid, Mu'tah dan Syiria. Namun, pada kali ini, saya pula menerima kunjungan dari akhawat sana. Sudah tiga rombongan yang telah singgah di rumah saya di Sweileh, Amman ni. Mungkin ada lagi rasanya, yang dari JUST tu, yang bercadang nak datang selepas tamat exam mereka. Apapun saya dengan bangganya menjemput anda sekalian dengan ucapan "ahlan wasahlan wamarhaban bikunna jamii'an" ke banglo saya ni :).

Rombongan yang kedua ni, akhawat dari Bait Insyirah, Irbid. Mereka ialah Shaheera, Yati, Areeqa, Azimah, Sabrina dan Atikah. Mereka sampai ke rumah saya pada pagi Khamis yang lalu. Group yang paling kerap datang ke rumah saya. Mereka ni semuanya orang Selangor. Tajaan zakat Selangor lagi. Semuanya orang hebat dalam pembelajaran mereka. Apa yang menggembirakan saya juga, ahli Bait Insyirah ni selalu datang belajar Bahasa Arab bersama saya. Alangkah indahnya kalau mereka dapat tinggal bersama saya.

Rombongan ketiga pula ialah akhawat dari Mu'tah. Mereka ialah Umi, Akmar dan Hidayah. Al-hamdulillah, mereka sampai ke rumah saya pada sebelah petang Jumaat dan sempat bermalam bersama-sama.

Biasalah, adik-adik yang datang ke rumah saya ni, kena jadi anak-anak saya. Kena 'ragging' la lebih kurangnya. Jarang-jarang sekali balik kampung, kena tolong mak memasak. Sebab maknya memang 'bizi' dengan urusan tanahair, urusan berblog, berforum, jawab soalan-soalan yang diutarakan dan banyak lagi... :) . Mereka pun dah tahu, datang ke rumah saya bukan untuk berehat, bahkan untuk menerima tanggungjawab dan 'wasiat' dari seorang emak kepada anak-anak. Terima kasih yang tidak terhingga buat anda semua.

Apapun saya cukup gembira, hanya beberapa bulan saya mengenali mereka, namun, kerana wujudnya ukhuwwah Islamiyyah, satu fikrah, satu perjuangan, menjadikan hubungan kami semakin erat. Moga-moga anda sekalian juga berpuas hati bersama kami berdua di sini.


Friday, June 12, 2009

Teguran Khas Buat Akhawat

Dua hari yang lepas, salah seorang dari syabab di bumi Jordan ini menghubungi saya melalui YM, menegur beberapa perkara yang berkaitan dengan akhawat. Walaupun beliau tidaklah menyatakan agar saya mengumumkan kepada pihak ramai, namun saya rasa terpanggil dan bertanggugjawab untuk menyatakan teguran tersebut demi kebaikan kita bersama.

Pertama, tentang blog dan isi kandungannya. "Bagus blog awak", katanya. "Blog santai", jawab saya ringkas. Eh, blog awak tu blog ilmiah. Saya tersenyum. Kemudian beliau bertanya tentang blog-blog akhawat yang lain. Katanya beliau kurang suka dengan kebanyakan post yang dibentangkan oleh akhawat. Mungkin baginya kurang memberi satu input yang baik, atau mungkin kurang berilmiah. Saya pun kurang pasti kerana saya tidak berminat sangat untuk bertanya hal ini, lebih-lebih lagi untuk mengetahui blog kepunyaan siapa sedemikian rupa.

Namun, di sini saya berpandangan begini. Setiap orang yang menulis blog mempunyai tujuan masing-masing. Ada yang menjadikan blog itu sebagai diari atau catatan harian mereka. Ada yang menjadikannya sebagai buku penulisan resepi. Ada yang menjadikannya sebagai catatan harian anak-anak, dan tak kurang juga yang menjadikannya sebagai blog politik, ekonomi, ICT dan sebagainya.

Saya amat memahami bahawa setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Tahap berfikir dan kekuatan untuk menganalisa sesuatu itu berbeza-beza. Sesetengah orang tidak mampu untuk mengkritik dan mengulas sesuatu topik atau isu-isu yang diperkatakan ramai. Dan sebahagian yang lain pula mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan minat dan kecenderungan mereka juga berbeza-beza. Oleh itu, setiap post atau maklumat yang disiarkan itu, secara umumnya menggambarkan kecenderungan kita kepada perkara tersebut.

Namun, apa kata kita sebagai wanita yang dikatakan orang yang berpelajaran, merupakan pelajar universiti atau bekas pelajar universiti, cuba mencetuskan 'suasana ilmu' dalam apa jua skop kehidupan kita, termasuklah dalam penulisan blog. 'Suasana ilmu' yang saya maksudkan itu begitu luas. Apa-apa tulisan kita yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, menyedarkan manusia tentang erti kehidupan, atau penulisan yang boleh memberi semangat kepada orang ramai demi Islam, juga dikira sebagai aset untuk kita memperolehi ganjaran dari Allah swt.

Apakah bentuk penulisan yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai?

Banyak bentuk penulisan sedemikian. Ia bukanlah hanya artikel panjang yang kadang-kadang menjemukan pembaca-pembaca blog. Bahkan kita ada puisi seperti syair, pantun, gurindam dan sebagainya. Kita juga mempunyai cerpen, perbincangan atau perbualan-perbualan yang bermanfaat, kisah peribadi yang boleh melontarkan semangat kepada pembaca, catatan program, ziarah atau pelancongan yang memberi kesan ukhuwwah Islamiyyah dan sekaligus menunjukkan keagungan Allah swt.

Bagaimana pula dengan penulisan berbentuk catatan santai harian kita?

Pada pandangan saya, dibolehkan untuk menulis demikian. Namun perlu 'ditapis' dan dinilai. Berpada-padalah dengan catatan santai itu.

Perkara kedua yang dilontarkan olehnya, yang saya kira perlu diperhatikan oleh akhawat berkenaan dengan gambar-gambar yang terbuka aurat yang dipamerkan dalam blog. Sebenarnya sudah lama terdetik di hati saya untuk menyatakan perkara yang ditegur oleh beliau itu. Sahih, sebahagian gambar yang dibentangkan oleh akhawat adalah gambar yang sedikit terdedah aurat mereka. Contohnya kawasan pergelangan tangan atau lengan itu sendiri.

Ramai di kalangan kita yang tidak mengambil berat pada perkara ini. Mereka hanya memikirkan aurat itu cukup dengan berpakaian pada tubuh badan, menutup rambut dan kepalanya sahaja, sedangkan aurat itu sebagaimana yang kita tahu dan telah saya sebutkan dalam artikel-artikel yang lepas.

Oleh itu, sebagai wanita muslimah yang mukminah, hendaklah kita berjaga-jaga dengan pakaian baju kurung, jubah dan sebagainya yang kadang-kadang pakaian yang tidak berbutang pada pergelangan tangan itu memungkinkan aurat kita terbuka disebabkan kecuaian yang ada pada diri kita. Kita juga hendaklah cuba mencari alternatif lain supaya aurat di bawah pergelangan tangan kita tidak terbuka bila berhadapan dengan ajnabi.

Jadi, jika anda merasakan bahawa ada gambar-gambar yang terbuka aurat yang telah dipamerkan dalam blog masing-masing, maka diharapkan anda men'delete'kan gambar-gambar tersebut dengan seberapa segera.

Perkara ketiga yang diketengahkan olehnya juga ialah mengenai aksi bergambar bersama suami masing-masing. Beliau melihat banyak aksi yang berlebihan dipamerkan dalam blog. Memang ada betulnya apa yang ditegur oleh beliau itu. Para akhawat, sahih...suami adalah insan yang halal untuk bersama anda. Namun, sifat malu pada diri wanita itu cukup bernilai dan tiada tandingannya. Tidakkah kita berasa malu berpeluk dengan suami dan mempamerkan gambar tersebut untuk tontonan ramai?! Tidakkah kita berasa malu mempamerkan gambar suami mencium kita?! Tidak malukah kita menunjukkan wajah kita menyentuh wajah suami sambil berpeluk di khalayak ramai?!

Allahu akbar! Alangkah indahnya kalau sifat malu itu diterapkan dalam diri masing-masing. Berpada-padalah bergambar dengan suami untuk dipamerkan dalam blog. Gambar-gambar yang 'berlebihan' itu, eloklah disimpan dalam laptop untuk tatapan suami isteri dan keluarga, bukannya untuk tontonan ramai.

Malunya saya dengan pihak yang memberi teguran itu. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas teguran dan nasihat yang amat berharga. Jazakallahu khairan kathira!



Tuesday, June 9, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Umrah

Esok, 10 Jun 2009, In syaa Allah, lima orang sahabat seperjuangan saya dari bumi Sweileh, Amman ini akan bertolak menuju ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan ibadah umrah. Mereka ialah Muhammad, Qudrotullah, Abdul Baith @ Awe, Shahrul dan Puan Marwah.

Didoakan semoga anda sekalian selamat sampai ke destinasi yang dituju, dapat menunaikan ibadah sebaik-baiknya dengan hati yang tenang. Semoga kalian juga dapat pulang kembali ke bumi Amman ini, demi menyambung perjuangan yang telah ditempuhi. Doakan kejayaan kami berdua di sini dan sahabat-sahabat kita yang lain bila berada di Tanah Suci nanti.



Sumber: youtube.com



Bersatulah Wahai Kaum Muslimin


Bersatulah wahai kaum Muslimin

Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum Muslimin

Walau susah menempuh cabaran



Bersatulah wahai kaum Muslimin

Dengan obor sinar kebahagiaan

Berjihadlah wahai kaum Muslimin

Biar syahid ataupun kemenangan



Berjuanglah wahai ansorullah

Dengan matlamat daulah Islamiah

Berkorbanlah wahai yang beriman

Dengan harta dan segenap kepunyaan



Bergeraklah ke gerbang jasa

Kalah menang bukan alasannya

Sucikanlah niat di hati

Hingga nyata benarnya janji Rabbi



Selamatlah parti Islam melangkah

Membimbing ummah ke medan siasah

Berpedomankan al-Quran dan sunnah

Suburlah hidupnya dan pasti berbuah



Sumber: youtube.com



Sunday, June 7, 2009

Bersama Akhawat Dari Irbid

Pada 4 Jun yang lalu, hari Khamis, sekumpulan akhawat dari Irbid datang ke rumah saya, menziarahi Amman yang penuh ceria ini :). Mereka ialah Along, Husna, Mardhiah, Nur, Nurin, Natasya dan Zakiah. Orang Pahang semuanya. Bekas pelajar IKIP, Pahang yang menyambung pelajaran mereka di Universiti Yarmouk.

Mereka sampai ke rumah saya sebelum masuknya waktu Zohor. Oh, seronoknya saya rasa. Macam anak-anak balik kampung. Kami saling berkenalan dengan lebih lanjut lagi. Banyak sungguh soalan ditujukan kepada saya. Tak tahulah, banyak bahasa yang dijawab oleh saya 'plus' loghat-loghat negeri yang berbagai-bagai.

Apa yang menyeronokkan juga, bila akhawat dari Irbid datang, saya boleh 'goyang kaki' :). Nak 'try' masakan dari anak-anaklah pula. Saya hanya bagi petunjuk je. Lagipun mereka ni 'pakar-pakar' memasak. Dun Wori lah about that.

Kadang-kadang rasa kagum gak la, dengan 'budaya makan' orang-orang Irbid ni.. hihi, berbeza dengan budaya kami berdua. Apapun tahniah boleh kita berkongsi-kongsi budaya tersebut kan?.

Walau bagaimanapun, saya gembira dan berpuas hati dengan kunjungan kalian, kerana dapat bersama walaupun sementara cuma, dapat makan sama-sama, solat sama-sama, berbincang dan berkongsi ilmu sama-sama, dan yang lebih penting ukhuwwah islamiyyah dapat kita eratkan walaupun hidup berjauhan di bumi orang.

Akhirnya, jutaan terima kasih buat anda sekalian, kerana sudi 'balik kampung' di Amman ini. Alangkah indahnya kalau anda sebahagian dari ahli kami!


Peranan Ulama dalam Era Globalisasi

Oleh: Hj. Abdul Ghani Samsudin
Yang Dipertua
Persatuan Ulama’ Malaysia
5 Julai 2003

Untuk menghuraikan peranan ulama’ dalam konteks globalisasi tentulah memerlukan kefahaman yang mendalam tentang maksud termenilogi perkataan berkenaan. Tanpa kefahaman yang saksama tentang perkara ini lakaran tentang peranan itu sendiri akan menjadi kabur dan mungkin menyimpang. Justeru al-Hukm ‘ala-syai’ far’un ‘an Tasauwurihi. Penilaian tentang sesuatu fenomena atau perkara adalah unjuran dari kefahaman dan imaginasi tuntas tentang hakikatnya.

Memang sukar dinafikan bahawa dalam dekad-dekad yang akan datang proses globalisasi akan terus mencorakkan keadaan dunia. Kebanjiran maklumat, simpang-siur pemikiran, nilai budaya, modal antarabangsa yang mengalir dari benua ke benua, kebebasan pengangkutan, perpindahan penduduk dan penghuni dunia akan merubah banyak aspek dalam kehidupan manusia. Oleh kerana itu umat Islam perlu memahami gejala globalisasi ini dengan mendalam dan saksama.

Sila klik sini untuk membaca artikel sepenuhnya.



Friday, June 5, 2009

Bila Saya Menulis Begini...

Pernah satu ketika, saya menulis artikel mengenai cinta secara berturut-turut dalam blog ini, maka ada sebahagian pengunjung berkata: huh, blog ini blog cinta ke?, asyik cinta-cinta je ni.

Sekarang ni dalam beberapa hari yang lepas pula, saya ada menulis tentang topik isu semasa atau boleh dikatakan juga sebagai topik politik. Maka, berkemungkinan besar pembaca blog saya akan terfikir bahawa blog saya ini adalah blog yang cenderung kepada politik. Bahkan ada besar kemungkinan juga mereka yang 'allergic' dengan isu-isu politik akan memandang serong dan tidak suka untuk memahaminya.

Pernah terjadi pada diri saya, bilamana saya meng 'copy paste' tajuk: "Ahli Gerakan Islam Perlu Tahu Uslub Dakwah" dari laman web harakahdaily.net, maka ada di kalangan insan menghentam saya dan menyatakan bahawa saya ingin menghasut dan memecahbelahkan umat Islam.

Lalu saya terfikir dan bertanya pada diri sendiri bahawa adakah insan itu telah membaca dan memahami kandungan artikel tersebut atau hanya melihat sahaja kepada topik, lalu terus menghukum dan memberi pandangan sedemikian? atau dia 'panas hati' melihat perkataan 'Islam' atau 'ahli gerakan Islam' pada topik tersebut. Ini kerana isi-isi dalam topik itu menerangkan uslub-uslub dakwah yang perlu ada pada mereka yang bergelar muslim, demi kebaikan dakwah Islam mereka.

Walau bagaimanapun, saya hanya tersenyum dengan gelagat pembaca blog saya yang berbagai-bagai, fikrah dan pandangan yang berbeza-beza yang memungkinkan saya untuk mencari idea dan maklumat untuk dilontarkan di sini.

Buat saudara-saudari pembaca dan pengunjung blog, perlu kita ingat, agama mengajar kita bahawa tidak ada pengasingan antara Islam dengan mana-mana skop kehidupan. Samada dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, perundangan, politik dan sebagainya. Oleh itu, jika ada di kalangan kita yang masih lagi mengenepikan politik dalam Islam atau menganggap politik tidak perlu diperbincangkan dalam Islam, maka anda telah terkena 'virus' sekularisme yang begitu menular dalam masyarakat kita pada hari ini.

Saya sebagai penulis, in syaa Allah, akan berusaha untuk menulis apa-apa topik yang boleh memberi manfaat kepada diri saya dan anda sekalian, demi kebaikan kita bersama dan sekaligus demi menyebarkan Islam yang kita cintai ini.