Dua hari yang lepas, salah seorang dari syabab di bumi Jordan ini menghubungi saya melalui YM, menegur beberapa perkara yang berkaitan dengan akhawat. Walaupun beliau tidaklah menyatakan agar saya mengumumkan kepada pihak ramai, namun saya rasa terpanggil dan bertanggugjawab untuk menyatakan teguran tersebut demi kebaikan kita bersama.
Pertama, tentang blog dan isi kandungannya. "Bagus blog awak", katanya. "Blog santai", jawab saya ringkas. Eh, blog awak tu blog ilmiah. Saya tersenyum. Kemudian beliau bertanya tentang blog-blog akhawat yang lain. Katanya beliau kurang suka dengan kebanyakan post yang dibentangkan oleh akhawat. Mungkin baginya kurang memberi satu input yang baik, atau mungkin kurang berilmiah. Saya pun kurang pasti kerana saya tidak berminat sangat untuk bertanya hal ini, lebih-lebih lagi untuk mengetahui blog kepunyaan siapa sedemikian rupa.
Namun, di sini saya berpandangan begini. Setiap orang yang menulis blog mempunyai tujuan masing-masing. Ada yang menjadikan blog itu sebagai diari atau catatan harian mereka. Ada yang menjadikannya sebagai buku penulisan resepi. Ada yang menjadikannya sebagai catatan harian anak-anak, dan tak kurang juga yang menjadikannya sebagai blog politik, ekonomi, ICT dan sebagainya.
Saya amat memahami bahawa setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Tahap berfikir dan kekuatan untuk menganalisa sesuatu itu berbeza-beza. Sesetengah orang tidak mampu untuk mengkritik dan mengulas sesuatu topik atau isu-isu yang diperkatakan ramai. Dan sebahagian yang lain pula mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan minat dan kecenderungan mereka juga berbeza-beza. Oleh itu, setiap post atau maklumat yang disiarkan itu, secara umumnya menggambarkan kecenderungan kita kepada perkara tersebut.
Namun, apa kata kita sebagai wanita yang dikatakan orang yang berpelajaran, merupakan pelajar universiti atau bekas pelajar universiti, cuba mencetuskan 'suasana ilmu' dalam apa jua skop kehidupan kita, termasuklah dalam penulisan blog. 'Suasana ilmu' yang saya maksudkan itu begitu luas. Apa-apa tulisan kita yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, menyedarkan manusia tentang erti kehidupan, atau penulisan yang boleh memberi semangat kepada orang ramai demi Islam, juga dikira sebagai aset untuk kita memperolehi ganjaran dari Allah swt.
Apakah bentuk penulisan yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai?
Banyak bentuk penulisan sedemikian. Ia bukanlah hanya artikel panjang yang kadang-kadang menjemukan pembaca-pembaca blog. Bahkan kita ada puisi seperti syair, pantun, gurindam dan sebagainya. Kita juga mempunyai cerpen, perbincangan atau perbualan-perbualan yang bermanfaat, kisah peribadi yang boleh melontarkan semangat kepada pembaca, catatan program, ziarah atau pelancongan yang memberi kesan ukhuwwah Islamiyyah dan sekaligus menunjukkan keagungan Allah swt.
Bagaimana pula dengan penulisan berbentuk catatan santai harian kita?
Pada pandangan saya, dibolehkan untuk menulis demikian. Namun perlu 'ditapis' dan dinilai. Berpada-padalah dengan catatan santai itu.
Perkara kedua yang dilontarkan olehnya, yang saya kira perlu diperhatikan oleh akhawat berkenaan dengan gambar-gambar yang terbuka aurat yang dipamerkan dalam blog. Sebenarnya sudah lama terdetik di hati saya untuk menyatakan perkara yang ditegur oleh beliau itu. Sahih, sebahagian gambar yang dibentangkan oleh akhawat adalah gambar yang sedikit terdedah aurat mereka. Contohnya kawasan pergelangan tangan atau lengan itu sendiri.
Ramai di kalangan kita yang tidak mengambil berat pada perkara ini. Mereka hanya memikirkan aurat itu cukup dengan berpakaian pada tubuh badan, menutup rambut dan kepalanya sahaja, sedangkan aurat itu sebagaimana yang kita tahu dan telah saya sebutkan dalam artikel-artikel yang lepas.
Oleh itu, sebagai wanita muslimah yang mukminah, hendaklah kita berjaga-jaga dengan pakaian baju kurung, jubah dan sebagainya yang kadang-kadang pakaian yang tidak berbutang pada pergelangan tangan itu memungkinkan aurat kita terbuka disebabkan kecuaian yang ada pada diri kita. Kita juga hendaklah cuba mencari alternatif lain supaya aurat di bawah pergelangan tangan kita tidak terbuka bila berhadapan dengan ajnabi.
Jadi, jika anda merasakan bahawa ada gambar-gambar yang terbuka aurat yang telah dipamerkan dalam blog masing-masing, maka diharapkan anda men'delete'kan gambar-gambar tersebut dengan seberapa segera.
Perkara ketiga yang diketengahkan olehnya juga ialah mengenai aksi bergambar bersama suami masing-masing. Beliau melihat banyak aksi yang berlebihan dipamerkan dalam blog. Memang ada betulnya apa yang ditegur oleh beliau itu. Para akhawat, sahih...suami adalah insan yang halal untuk bersama anda. Namun, sifat malu pada diri wanita itu cukup bernilai dan tiada tandingannya. Tidakkah kita berasa malu berpeluk dengan suami dan mempamerkan gambar tersebut untuk tontonan ramai?! Tidakkah kita berasa malu mempamerkan gambar suami mencium kita?! Tidak malukah kita menunjukkan wajah kita menyentuh wajah suami sambil berpeluk di khalayak ramai?!
Allahu akbar! Alangkah indahnya kalau sifat malu itu diterapkan dalam diri masing-masing. Berpada-padalah bergambar dengan suami untuk dipamerkan dalam blog. Gambar-gambar yang 'berlebihan' itu, eloklah disimpan dalam laptop untuk tatapan suami isteri dan keluarga, bukannya untuk tontonan ramai.
Malunya saya dengan pihak yang memberi teguran itu. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas teguran dan nasihat yang amat berharga. Jazakallahu khairan kathira!

3 comments:
assalamualaikum. saya amat tertarik dgn tujuan2 yg diberikan. Suasana hari ini aat memerlukan muslimat yang berfikiran jauh,berbakat dalam semua bidang dan boleh berdiri bersama-sama muslimin di bari san hadapan untuk kepentingan Islam.
Malangnya apa yang saya lihat hari ini ialah :
1. Kebanyakan karya dalam blog adalah karya cedok yang sudah lapuk.
2. Post entri dalam blog kadangkala berbentuk peribadi yang hanya layak ditulis dalam diari sahaja.
3. Perkara yang tidak perlu diletakkan di dalam blog diletakkan juga. Contohnya gambar diri dsb.
Aduhai muslimat, kita perlukan muslimat yang POWER,DINAMIK,AKTIF,KRITIKAL. Majulah dan lajulah!
Saya boleh, anda boleh dan MUSLIMAT BOLEH!
Salam alaik wbt kembali
Terima kasih atas komen saudari yg cukup membina itu.
Tentang meletakkan gambar penulis blog, bagi saya tidak menjadi masalah, asalkan tidak melampau dan tidak menyalahi hudud syara'.
Syukran.
Assalamualaikum,
mintak maaf mecelah,sy ni org baru je maen menda alah ni. silalah ke blog sy dan beri pnilaian ye smada sy tgolong dlm golongan yg antunna maksudkan tu..hehe..
~ time kaseh
Post a Comment