Saturday, June 13, 2009

Bersama Akhawat Bait Insyirah, Irbid & Akhawat Dari Mu'tah

Cuti semester pada kali ini cukup menyeronokkan bagi saya. Kalau semester lepas, saya banyak menghabiskan cuti di Irbid, Mu'tah dan Syiria. Namun, pada kali ini, saya pula menerima kunjungan dari akhawat sana. Sudah tiga rombongan yang telah singgah di rumah saya di Sweileh, Amman ni. Mungkin ada lagi rasanya, yang dari JUST tu, yang bercadang nak datang selepas tamat exam mereka. Apapun saya dengan bangganya menjemput anda sekalian dengan ucapan "ahlan wasahlan wamarhaban bikunna jamii'an" ke banglo saya ni :).

Rombongan yang kedua ni, akhawat dari Bait Insyirah, Irbid. Mereka ialah Shaheera, Yati, Areeqa, Azimah, Sabrina dan Atikah. Mereka sampai ke rumah saya pada pagi Khamis yang lalu. Group yang paling kerap datang ke rumah saya. Mereka ni semuanya orang Selangor. Tajaan zakat Selangor lagi. Semuanya orang hebat dalam pembelajaran mereka. Apa yang menggembirakan saya juga, ahli Bait Insyirah ni selalu datang belajar Bahasa Arab bersama saya. Alangkah indahnya kalau mereka dapat tinggal bersama saya.

Rombongan ketiga pula ialah akhawat dari Mu'tah. Mereka ialah Umi, Akmar dan Hidayah. Al-hamdulillah, mereka sampai ke rumah saya pada sebelah petang Jumaat dan sempat bermalam bersama-sama.

Biasalah, adik-adik yang datang ke rumah saya ni, kena jadi anak-anak saya. Kena 'ragging' la lebih kurangnya. Jarang-jarang sekali balik kampung, kena tolong mak memasak. Sebab maknya memang 'bizi' dengan urusan tanahair, urusan berblog, berforum, jawab soalan-soalan yang diutarakan dan banyak lagi... :) . Mereka pun dah tahu, datang ke rumah saya bukan untuk berehat, bahkan untuk menerima tanggungjawab dan 'wasiat' dari seorang emak kepada anak-anak. Terima kasih yang tidak terhingga buat anda semua.

Apapun saya cukup gembira, hanya beberapa bulan saya mengenali mereka, namun, kerana wujudnya ukhuwwah Islamiyyah, satu fikrah, satu perjuangan, menjadikan hubungan kami semakin erat. Moga-moga anda sekalian juga berpuas hati bersama kami berdua di sini.


No comments: