Tuesday, June 10, 2008

Bahasa

Dadah najis, rasuah tahi

Seorang alim yang terkenal menyatakan sokongan beliau terhadap kerajaan yang menyuarakan bahawa “dadah itu najis” dan banyak akhbar-akhbar tempatan menyahut seruan tersebut serta mewawarkannya. Namun beliau menambah bahawa kalau dadah itu najis, rasuah itu tahi. Saya tersentak dengan tashbih (perumpamaan) yang diberikan oleh beliau lalu tergelak kecil.

Tambahan beliau lagi bahawa orang yang mengambil rasuah, orang tu ambil tahi, dan orang yang memberi rasuah, orang tu beri tahi, orang yang membina rumah hasil dari rasuah, orang tu tinggal dalam tahi, dan orang yang naik kereta yang mana pembeliannya dari duit rasuah, orang tu naik atas tahi.

Saya tersenyum lebar dengan syarahan beliau terhadap perumpamaan tersebut. Olahan bahasa bersandarkan tashbih atau perumpamaan yang dipersembahkannya itu agak mudah, namun memberi kesan yang cukup mendalam bagi mereka yang ber'aqal.

Perumpamaan kedua-dua perkara tersebut dengan najis atau tahi menunjukkan wajh shabhnya ialah bau busuk. Jadi dapat disimpulkan bahawa dadah dan rasuah adalah sesuatu yang berbau busuk (secara majazi) dan merupakan perkara keji dan haram mengambilnya. Walaupun ianya sesuatu yang melucukan tetapi ia adalah tepat dan memang ada kebenarannya.



No comments: