Engkaulah deen yang ku cintai
Engkaulah deen yang ku anuti
Engkaulah deen yang ku hayati
Islam…
Hidupku di dalam Mu kerana Allah
Amalanku mengikut panduanMu keranaNya
Aktiviti harianku berteraskan peraturanMu
jua kerana Allah
Walaupun Kau dicaci
dihina dan dipinggirkan
Kau tetap ku lindungi
ku sayangi dan ku dampingi
Kaulah segalanya bagiku
Manusia kini mengenepikan ajaranMu
Mencampur adukkan nilai-nilai murniMu
Mempermain-mainkan diriMu
Merasakan diriMu baik untuknya… didampingi
Merasakan diriMu tak sehati dengannya… ditinggalkan
Namun aku…
Demi Allah dan rasulnya Muhammad
Akan mempertahankan Engkau wahai Islam
Hingga titisan darah mengalir
Tanda cintaku padaMu
Yang terpahat pada kalbu
Aku tahu…
Walau tekanan demi tekanan yang Kau tempuhi
Kau akan terus maju dan terus maju
Terus berkembang ke seluruh alam
Engkau ibarat bola yang ditenggelamkan
Oleh tangan-tangan manusia
yang tak kenal kecantikanMu
Semakin kau ditekan dan ditenggelam
Kau tetap akan muncul tersenyum
Ayuhlah wahai Islam
Bersamaku dan para pejuangMu
Biarkan mereka hanyut bersendirian
dalam lautan hidup yang fana
Engkau bukanlah deen yang memerlukan mereka
Bahkan merekalah yang perlukan Kau
Berhajat dan bergantung harap padaMu
No comments:
Post a Comment