
Tokoh ulama Kelantan paling masyhur, malah termasuk antara ulama besar Semenanjung Tanah Melayu. Sezaman dengan Tun Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam
Kedah), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), Haji Abu Bakar Alim (Muar), Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain. Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai.

Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd. Yusoff Ahmad. Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1305H-1327H). Sangat alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu dan soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (sebelum itu, tertumpu pada usuluddin, fiqh dan tasawwuf sahaja).
Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok Wan Ali Kutan, namun, beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pela


Di samping itu, dua orang putera Tok Kenali sendiri, Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd. Saleh Kenali (menetap di Makkah), juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjasa besar. Nyatalah rumusan yang menyebut Kelantan sebagai 'Serambi Mekah' itu sangat berkait dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali. Beliau kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad, 2 Syaaban 1352 bersamaan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian.

Tok Kenali Bersama Keluarga

Artikel ini diambil dari Arkib Negeri Kelantan,
disusun oleh Ismail Che Daud
Potret-potret tokoh tersebut diambil dari laman Potret Ulama: http://potretulama.multiply.com/
disusun oleh Ismail Che Daud
Potret-potret tokoh tersebut diambil dari laman Potret Ulama: http://potretulama.multiply.com/
No comments:
Post a Comment