Tuesday, June 10, 2008

Menanti Kepulangan TGNA

"saya dapat berita bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan pulang ke bumi Malaysia pada hari ini 09 Jun 2008, setelah pergi menunaikan umrah di tanah suci Mekah pada 26 Mei 2008 yang lepas.Betapa gembiranya hati ini dan rindu pada Tuan Guru untuk mendengar Kuliah Jumaat iaitu kuliah mingguan yang disampaikan oleh beliau di Medan Ilmu, Kota Bharu, pada setiap hari Jumaat jam 9.30- 10.30 pagi (waktu di Malaysia). Saya sebagai peminat setia Kuliah Jumaat ini, walaupun berada di luar negara sentiasa mengikutinya secara 'online' walaupun waktu di sini lebih kurang pukul 4.30 pagi kerana inginkan mutiara-mutiara ilmu yang hebat dan berkesan pada diri saya.Di sini saya ingin mengajak sahabat-sahabat, para pejuang Islam serta rakyat Malaysia amnya agar menikmati hidangan ilmu yang percuma yang disediakan oleh Tuan Guru ini dengan melayari laman web http://www.kelantan.tv/ pada setiap hari Jumaat, jam 8.30- 9.30 pagi (sessi pertama), dan pada jam 9.30- 10.30 pagi (sessi kedua) bersama Tuan Guru kita ini demi kebaikan kita semua untuk dunia dan akhirat. "



No comments: