Monday, November 30, 2009

Wanita Malaysia Tiada Maruah?

Oleh kerana saya telah hidup sebagai seorang pelajar dan tenaga pengajar di bumi UIAM selama hampir sepuluh tahun, maka sedikit sebanyak saya telah mengetahui kepelbagaian bahasa, budaya dan tingkahlaku orang-orang asing yang menjadi penduduk universiti tersebut. Saya juga mempunyai pensyarah, kawan dan kenalan dari berbagai-bagai negara. Al-hamdulillah, seronok dengan pengalaman bersama mereka.

Baru-baru ini saya ada menerima e-mel dari seorang kawan luar negara yang berpenghuni di bumi UIAM. Dia menulis e-mel tersebut dalam Bahasa Arab. Walaupun ianya ringkas, namun padat dan memberi tamparan hebat kepada saya sebagai seorang wanita muslimah Malaysia.

E-melnya berbunyi (terjemahan):

"Hari ini saya telah bertemu dengan orang Arab yang berkahwin dengan wanita Bosnia, lalu saya bertanya kepadanya: Kenapa kamu tidak berkahwin dengan orang Malaysia? Dia (lelaki Arab) itu menjawab: saya tidak suka wanita Malaysia kerana saya tengok mereka tidak mentaati suami, sentiasa bekerja (di luar rumah), mempunyai kawan-kawan lelaki, dan mempunyai sifat takabbur (sombong). Budaya ini memang berbeza dengan budaya kita. Saya (penulis e-mel) berkata: Ya, betul."

Apakah benar wanita Malaysia sedemikian rupa? Wanita Malaysia tiada maruah?
Saya begitu teruja dan teruji dengan kata-kata tersebut lalu saya mebalas e-mel itu dengan seberapa segera.

Jawapan saya yang ringkas:

"Apa yang awak perkatakan itu tidak semuanya betul. Bahkan memang ramai di kalangan wanita Melayu Malaysia yang mentaati suami. Kalau tidak, masakan ada keluarga yang bahagia, berjaya dan cemerlang?! Awak hiduplah di mana-mana pun, negara mana dan bumi mana sekalipun, awak akan dapati wanita yang baik dan wanita yang tidak baik. Begitu juga dengan lelaki; pasti ada yang baik dan ada yang jahat di dunia ini. Hatta awak berada di negara Arab sekalipun.

Saya sekarang hidup di negara Arab, al-hamdulillah, saya bersyukur kepada Allah, saya dapat kenal manusia, saya kenal orang Arab. Ketahuilah bahawa orang yang bertakwa kepada Allah itu ialah mereka yang mendengar kalam Allah, mengikuti segala kebaikan. Mudah-mudahan Allah Taala menjadikan kita insan yang bertakwa kepadaNya. Allahumma aamin...

Wanita Malaysia suka bekerja di luar rumah. Ya, betul. Tetapi ingat, mereka bekerja dengan izin suami. Soalan saya: Adakah Islam menegah wanita dari bekerja di luar rumah? Tidak sama sekali. Islam tidak pernah menegah wanita dari bekerja. Yang ditegahnya ialah bila adanya ikhtilat yang haram (percampuran yang bebas tanpa ada batasan) di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Bahkan di zaman Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam pun ada wanita yang bekerja, tetapi dalam hudud-hudud tertentu.

Saya ada banyak membaca kisah-kisah para wanita dan sahabiyyah yang hidupnya bekerja di luar rumah, mencari rezeki, berdakwah, memberikan khidmat kepada masyarakat demi perjuangan Islam. Oh, indahnya hidup di bawah lembayung Islam yang suci ini.


Kesimpulannya, terpulang pada diri masing-masing. Fikir dengan mata hati yang bercampur-baur dengan keimanan yang tinggi pada Rabbul Izzati, bertunggakkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. In syaa Allah, kita akan sentiasa dan perlu sentiasa bertakwa kepada Allah walau di mana saja kita berada."


30 November 2009



3 comments:

Green_Zatil said...

Salam..Betul 2 ustazah.saya sangat setuju.Hidup di bumi mana2 pun,semuanya ats diri msg2..baik@ jahat.

lantera said...

assalammualaikum wbt.
semasa di south africa ada kajian mengenai wanita islam malaysia di sana, people said that they'll shy in front of others but not afraid with Allah at d back.Majoriti said that statement are right. When i'm coming back to malaysia i really get suprised. malaysian women, all over walk around without hijab and if they're wearing hijab, that's not proper hijab or with not proper clocthes.Malaysia is negera ISLAM. why all this could happen. No body take care about it.Why? Just few person i meet at penang are "muslimah sejati". why the others not like them? They're just look like minority same as south african muslimah.Yesterday i'm moving with my parents to kemaman hope my perception about malaysian women will change.

sitihasliza said...

'alaikumussalam buat Green_Zatil n lantera.
Komen saya buat lantera:
"Anda hiduplah di mana-mana pun, negara mana dan bumi mana sekalipun, anda akan dapati wanita yang baik dan wanita yang tidak baik. Begitu juga dengan lelaki; pasti ada yang baik dan ada yang jahat di dunia ini. Hatta anda berada di negara Arab sekalipun."

Anda berkata sedemikian rupa kerana anda berjumpa dgn org yg sedemikian rupa, di dlm kelompok yg sedemikian rupa.

Begitu juga dgn hijab, mu'amalah dan sbgnya, b'gntg pd diri msg2 samada nk berpgg tguh pd ad-deen atau tidak. keTakwaan yg ada pd diri, kluarga, masyarakat, pemimpin akn m'dorong insan dan sesebuah negara itu mengaplikasikan Islam yang tulen.

In syaa Allah, sy doakan moga2 anda akan dipertemukan dgn muslimah Malaysia yang tinggi maruahnya.