Oleh kerana persoalan yang bertalu-talu dilontarkan oleh beberapa pihak tentang apa hukum menunaikan solat Jumaat sekiranya hari raya jatuh pada hari tersebut, maka saya dengan rendah diri meminta izin dari pihak ahmadfadhli.com.my untuk menyalin semula artikel yang bertajuk: "Persolan Hari Raya Yang Jatuh Serentak Dengan Hari Jumaat" demi penyebaran dakwah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan, dan jazakallahu khairal jazaa'.
"Pada tahun ini umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya aidil adha pada 27 November 2009 iaitu jatuh kepada hari Jumaat. Lantas, persoalan yang seterusnya berlegar di sekitar kita ialah wajibkah solat jumaat sekiranya hari raya jatuh pada hari tersebut?
Sekalipun jika dikira dari sudut rasional, mungkin tidak menjadi masalah kepada setiap muslim untuk menghadiri solat jumaat di negara ini berikutan kemudahan untuk menunaikan solat jumaat sangat terbuka, namun kerana persoalan ini dibincangkan oleh para fuqaha’, maka tidak salah untuk kita turut membuat perbincangan di samping membuka minda seluas-luasnya di dalam menerima pandangan yang berbeza.
Saya cuba untuk menghuraikan persoalan ini berdasarkan pandangan para fuqaha’ sebelum kita membuat sedikit perbandingan berkenaan hujah-hujah yang digunakan. Di dalam isu ini, beberapa pandangan telah dikemukakan para fuqaha :
TIDAK GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT kepada sesiapa yang sudahpun solat hari raya. Ini merupakan pandangan pandangan Mazhab Hanafi. Menurut Imam Ahmad, solat jumaat merupakan fardhu ain manakala solat hari raya merupakan fardhu kifayah, maka sesuatu yang fardhu kifayah tidak akan menggugurkan kewajipan fardhu ain. Ini turut dinukilkan oleh Ibnu Hazm di dalam kitabnya al-Muhalla.(nombor masalah : 547)
GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT KEPADA PENUDUDUK YANG JAUH DARIPADA MASJID (AHLIL QURA) DAN TETAP WAJIB KEPADA PENDUDUK YANG DEKAT (AHLIL BALAD). Ini merupakan pandangan mazhab Imam Syafie. Dalil yang dipegang di dalam masalah ini ialah kata-kata Saidina Uthman bin Affan RA :
Yang bermaksud : Sesungguhnya telah berkumpul kepada kamu pada hari ini dua hari raya, maka barangsiapa yang dari ahlil aliyah (penduduk kampung) yang ingin menunggu solat jumaat, maka tunggulah, dan barangsiapa yang ingin kembali (ke rumah) maka diizinkan baginya. (Muwatta’ Malik, jilid 1 / 116)
GUGUR SOLAT JUMAAT KEPADA MEREKA YANG MENGHADIRI SOLAT HARI RAYA DAN WAJIB KEPADANYA MENGERJAKAN SOLAT ZOHOR. Ini merupakan pandangan yang dipegang oleh Imam Ahmad. Mereka berpegang kepada hadith :
Manakala kewajipan ke atas imam pula terdapat dua riwayat dari Imam Ahmad iaitu tidak wajib mendirikan solat jumaat dan pandangan kedua ialah wajib sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Taimiyyah : “Sesungguhnya ke atas imam wajib mendirikan solat jumaat untuk disertai oleh orang-orang yang ingin mendirikannya dan juga mereka yang tidak menghadiri solat hari raya”. (Majmu’ Fatawa, jilid 24/ms 211)
GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT DAN JUGA SOLAT ZOHOR KEPADA MEREKA YANG MENGHADIRI SOLAT HARI RAYA. Ini merupakan pandangan mazhab Saidina Ali bin Abi Talib, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas, ‘Ato’ bin Abi Rabbah dan Al-Syaukani Rahimahumullah. (Majmu’ al-Nawawi, jilid 4/ms 492, Majmu’ Fatawa jilid 24/ms211, Nailul Autor jiilid 3/ms 283).
Manakala di kalangan ulama yang terkemudian yang bersetuju dengan pandangan ini ialah Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah jilid 1/ms 316) dan juga Syeikh Nasiruddin al-Albani yang memberikan komentar terhadap hadis-hadis yang didatangkan Sayyid Sabiq di dalam Fiqh Sunnah tetapi tidak memberikan komentar terhadap pandangannya menunjukkan persetujuannya dengan pandangan Sayyid Sabiq (Tamam al-Minnah, ms 344, 345)
Jika dilihat kepada dalil-dalil yang didatangkan di atas, jelas bahawa hadith yang sahih menunjukkan kepada gugurnya solat jumaat dan juga zohor kepada mereka yang telah menghadiri solat hari raya. Zahirnya, inilah merupakan pandangan yang paling sahih daripada sunnah nabi Muhammad SAW.
Adapun untuk tujuan amalan di Malaysia, salah satu pandangan mazhab Ahmad kelihatan sesuai di mana diwajibkan kepada para imam untuk mendirikan solat jumaat sebagai memberikan peluang kepada mereka yang ingin mendirikannya dan juga kepada mereka yang tidak sempat hadir solat hari raya.
Wallahu a’alam."
Sumber: ahmadfadhli.com.my
27 November 2009
Sekalipun jika dikira dari sudut rasional, mungkin tidak menjadi masalah kepada setiap muslim untuk menghadiri solat jumaat di negara ini berikutan kemudahan untuk menunaikan solat jumaat sangat terbuka, namun kerana persoalan ini dibincangkan oleh para fuqaha’, maka tidak salah untuk kita turut membuat perbincangan di samping membuka minda seluas-luasnya di dalam menerima pandangan yang berbeza.
Saya cuba untuk menghuraikan persoalan ini berdasarkan pandangan para fuqaha’ sebelum kita membuat sedikit perbandingan berkenaan hujah-hujah yang digunakan. Di dalam isu ini, beberapa pandangan telah dikemukakan para fuqaha :
TIDAK GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT kepada sesiapa yang sudahpun solat hari raya. Ini merupakan pandangan pandangan Mazhab Hanafi. Menurut Imam Ahmad, solat jumaat merupakan fardhu ain manakala solat hari raya merupakan fardhu kifayah, maka sesuatu yang fardhu kifayah tidak akan menggugurkan kewajipan fardhu ain. Ini turut dinukilkan oleh Ibnu Hazm di dalam kitabnya al-Muhalla.(nombor masalah : 547)
GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT KEPADA PENUDUDUK YANG JAUH DARIPADA MASJID (AHLIL QURA) DAN TETAP WAJIB KEPADA PENDUDUK YANG DEKAT (AHLIL BALAD). Ini merupakan pandangan mazhab Imam Syafie. Dalil yang dipegang di dalam masalah ini ialah kata-kata Saidina Uthman bin Affan RA :
إِنَّهُ قَدْ اجْتَمَعَ لَكُمْ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ أَحَبَّ مِنْ أَهْلِ الْعَالِيَةِ أَنْ يَنْتَظِرَ الْجُمُعَةَ فَلْيَنْتَظِرْهَا وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَرْجِعَ فَقَدْ أَذِنْتُ لَهُ
Yang bermaksud : Sesungguhnya telah berkumpul kepada kamu pada hari ini dua hari raya, maka barangsiapa yang dari ahlil aliyah (penduduk kampung) yang ingin menunggu solat jumaat, maka tunggulah, dan barangsiapa yang ingin kembali (ke rumah) maka diizinkan baginya. (Muwatta’ Malik, jilid 1 / 116)
GUGUR SOLAT JUMAAT KEPADA MEREKA YANG MENGHADIRI SOLAT HARI RAYA DAN WAJIB KEPADANYA MENGERJAKAN SOLAT ZOHOR. Ini merupakan pandangan yang dipegang oleh Imam Ahmad. Mereka berpegang kepada hadith :
اِجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيْدَانِ ، فَمَنْ شَاءَ اَجْزَاَهُ مِنَ الْجُمَعَةِ وَانَّا مُجْمَعُوْنَ
Yang bermaksud : “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari Raya. Sesiapa telah (Bersolat Hari Raya), dia telah menyempurnakan dari solat Jumaat dan sesungguhnya kita telah dikumpulkan”. (H/R Abu Daud 1073. Ibnu Majah 1311. Al-Hakim 1/228. Al-Baihaqi 3/318. Ibnul Abdil Barr (dalam At-Tamhid) 10/272. Al-Khatib (dalam Tarikh Bahgdad) 3/129. Ibnul Qaiyyim (dalam Zaadul Ma’ad 1/425 ). 1/473. Al-Faryabi (dalam Ahkamul Iedain) 150. Ibnul Jarud (dalam Al-Muntaqa) 302. Hadis sahih banyak syahidnya (lihat: Sawathi’ al-Qamarain fi Takhrij Ahadis Ahkamail Iedain), Musaid bin Sulaiman bin Rasyid. Hlm. 211)Manakala kewajipan ke atas imam pula terdapat dua riwayat dari Imam Ahmad iaitu tidak wajib mendirikan solat jumaat dan pandangan kedua ialah wajib sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Taimiyyah : “Sesungguhnya ke atas imam wajib mendirikan solat jumaat untuk disertai oleh orang-orang yang ingin mendirikannya dan juga mereka yang tidak menghadiri solat hari raya”. (Majmu’ Fatawa, jilid 24/ms 211)
GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT DAN JUGA SOLAT ZOHOR KEPADA MEREKA YANG MENGHADIRI SOLAT HARI RAYA. Ini merupakan pandangan mazhab Saidina Ali bin Abi Talib, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas, ‘Ato’ bin Abi Rabbah dan Al-Syaukani Rahimahumullah. (Majmu’ al-Nawawi, jilid 4/ms 492, Majmu’ Fatawa jilid 24/ms211, Nailul Autor jiilid 3/ms 283).
Manakala di kalangan ulama yang terkemudian yang bersetuju dengan pandangan ini ialah Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah jilid 1/ms 316) dan juga Syeikh Nasiruddin al-Albani yang memberikan komentar terhadap hadis-hadis yang didatangkan Sayyid Sabiq di dalam Fiqh Sunnah tetapi tidak memberikan komentar terhadap pandangannya menunjukkan persetujuannya dengan pandangan Sayyid Sabiq (Tamam al-Minnah, ms 344, 345)
Jika dilihat kepada dalil-dalil yang didatangkan di atas, jelas bahawa hadith yang sahih menunjukkan kepada gugurnya solat jumaat dan juga zohor kepada mereka yang telah menghadiri solat hari raya. Zahirnya, inilah merupakan pandangan yang paling sahih daripada sunnah nabi Muhammad SAW.
Adapun untuk tujuan amalan di Malaysia, salah satu pandangan mazhab Ahmad kelihatan sesuai di mana diwajibkan kepada para imam untuk mendirikan solat jumaat sebagai memberikan peluang kepada mereka yang ingin mendirikannya dan juga kepada mereka yang tidak sempat hadir solat hari raya.
Wallahu a’alam."
Sumber: ahmadfadhli.com.my
27 November 2009
No comments:
Post a Comment