وفي مسألة أخرى قال الشيخ القرضاوي ردا على سؤال حول وجوب ارتداء النقاب من عدمه: "النقاب أمر أوجبه بعض العلماء وأجازه بعض العلماء.. وأنا لا أرى أنه واجب.. وإنما من أرادت أن تنتقب فلها حريتها في هذا.. وإن كنت أنا في عصرنا هذا أرى أن الأولى بالمسلمة ألا تنتقب حتى تستطيع أن تختلط بالمتكشفات وأن تقترب منهن".
وأرجع الشيخ ذلك إلى أن "المحجبة قريبة قليلا (من المتكشفة)"، متسائلا: "أما المنتقبة فكيف تستطيع أن تدعو المتكشفة وبينها وبينها مراحل ومراحل؟"
وأضاف: "لي رسالة اسمها النقاب بين القول بفرضيته والقول ببدعيته.. هناك أناس يقولون إن النقاب بدعة، وأناس يقولون إن النقاب فرض، وأنا لا أوافق هؤلاء ولا هؤلاء".
وأوضح: "النقاب ليس بدعة.. (هناك) قول في مذهب الحنابلة وقول في بعض المذاهب، وإن كان جمهور الفقهاء يرون أن وجه المرأة ليس بعورة، حتى الإمام ابن قدامة شيخ الحنابلة يقول في (كتاب) المغني: والمذهب أن الوجه ليس بعورة
Sumber: qaradhawi.net
Terjemahan:
Purdah dan zaman kini.
Dan pada masalah yang lain, as-Syeikh al-Qaradhawi telah berkata, menjawab soalan tentang (samada) wajib berpurdah atau tidak: "purdah adalah satu perkara yang wajib mengikut setengah pandangan ulamak. Dan sebahagian ulamak yang lain mengharuskannya..namun, saya tidak berpandangan bahawa ianya adalah wajib..Sesiapa yang hendak berpurdah, dia bebas berbuat demikian..Namun, pada zaman kita sekarang, saya melihat (berpandangan) bahawa muslimah lebih awla tidak berpurdah, ini kerana untuk membolehkannya bergaul dengan wanita yang tidak bertudung (membuka aurat) dan mendekati mereka."
As-Syeikh merujuk kepada perkara tersebut bahawa: "wanita yang bertudung (tidak berpurdah) (lebih) boleh merapati (wanita yang tidak bertudung) [(berbanding wanita yang berpurdah)]. Beliau berkata: "bagi wanita yang berpurdah, bagaimana dia ingin mengajak mereka yang tidak bertudung (tidak menutup aurat) secara berperingkat-peringkat?"
Beliau menambah dengan katanya: "saya mempunyai satu risalah tentang purdah; satu qaul yang mengatakan kewajipan berpurdah dan satu qaul lagi mengatakan bahawa ia adalah satu bid'ah. Di sana juga ada orang yang mengatakan bahawa purdah itu bid'ah dan (kumpulan) yang lain pula mengatakan ia adalah wajib. Namun, saya tidak bersetuju dengan kedua-dua pihak ini".
Beliau menjelaskan bahawa "berpurdah bukanlah suatu bid'ah.. (Di sana) ada qaul dalam Mazhab Hanbali dan qaul dalam mazhab-mazhab yang lain. Dan jamhur fuqaha' berpendapat bahawa muka seorang wanita itu bukanlah aurat. Sehinggakan al-Imam Ibn Qudamah as-Syeikh dari Mazhab Hanbali (juga) berkata dalam Kitab al-Mughni bahawa muka bukanlah aurat."
5 comments:
salam,
best2..hehe..
Salam...
Posting yang amat baik. Kalau semua kita faham AL-MAQASID AS-SYAR'IYYAH, hukum kewajipan berpurdah @ tidak wajib berpurdah tu tergantung juga kepada keadaan semasa. Bukan bermakna kita tunduk kepada hawa nafsu manusia, ttp memang ada konsep AL-MURUNAH dalam Islam.
Yang nak tentukan hukum tu..bukan orang awam...tapi Ahli Fiqh la...
Utk tentukan hukum-hakam ni; kenalah rujuk Ahli Feqah..kerana mereka lebih memahami dan arif dalam berijtihad utk mengeluarkan hukum-hakam dari Nas2 Syarak samada Quran @ Hadis.
Setakat berpegang kepada pendapat Ahli Hadis semata2..mgkin tidak memadai, kerana kebanyakan mujtahid adalah Muhaddisin, tetapi kebanyakan Muhadisin tidak Mujtahid.
Apa2pun, tahniah atas perbincangan sihat ini.
Wallahu A'lam
Wassalam
Salam,ana bntgkan di sini qaul ulamk berkenaan had aurat muslimah:-
1-Pndapat Hanafiyah,Abu Thaur & Al-Muzani dr Shafiiyah..Aurat Muslimah smua anggota badan kcuali Muka,tapak tangan n kaki (Rujuk:Kitab al-Hidayah,Al Bahru ar-raiq,al-majmu')
2-Pndapat Jumhur (Hanafiyah pd qaul y Mu'tamad,Malikiyah n Shafieyah)-Aurat Muslimah adalah smua anggota badan kcuali muka dan Tapak tgn. bahkan mngikut pndapat Malikiyah,sekiranya mnmbulkan fitnah,maka Muslimah itu wajib mnutup seluruh aggota badannya..Dalilnya (Rujuk Hasyiah al thohtowi,Tashil al-masalik & Al-majmu')
3- Pendapat Mazhab Hanbali-aurat Muslimah adalah seluruh anggota badannya termasuklah muka & Tapak tangannya..(Rujuk Kitab Kassyaf al-qina'-Imam Bahauti)..
Sekian sahaja untuk kajian rakan2 y menziarah blog ini..jgnlah berbalah sekiranya tidak ada pengetahuan terhadap dalil2 para fuqahak..Wujudnya Khilaf di kalangan para ulamak adalah disebabkan pemahaman mereka y berbeza terhadap ayat al-quran dlm surah an-nur ayat 31,juga tehadap hadith Nabi,di samping berpandukan kepada dalil maslahah & uruf...
Sekian,
Ibnu Salleh-Amman
salam ukhti..
sy lbh suka dgr pendapt Dr Yusuf al Qaradhawi.. tp bila dgr wanita lebih awla tdk berpurdah, org yg dh pakai niqob tu mgkin rs trjentik skit.. mcm mn nk buang rs itu? sdgkn dah tnm dlm hati, kalau pakai niqob lgi bgus.. hmm.. ssh nk ukir soalan ni dlm bentuk penulisn.. :">
maaf brtya bkn2.. hrp dpt tunjuk ajr dr ustazah.. :)
salam, sis.
saya sokong dgn apa yg Dr. yusuf al-qaradhawi kata.
sbb saya dah lama nampak benda nih. kita nak berdakwah, bkn utk org2 yg baik saja. kita perlu mendekati smua org dengan cara sederhana
Post a Comment