Tuesday, November 25, 2008

Mengundi Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Wajib?

Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 baru-baru ini, ada sebahagian insan bertanyakan saya tentang hukum mengundi pada pilihan raya. Walaupun insan-insan ini dikategorikan oleh masyarakat sebagai staf yang profesional, tapi rata-rata mereka masih samar-samar dan keliru dalam menentukan hukumnya. Salah seorang dari mereka bekerja sebagai 'engineer', bila saya bertanya "awak dah mendaftar nama untuk PRU?", "tak daftar lagi, lagipun kalau pergi mengundi dapat apa?' jawabnya.

Oh, begitu sekali jawapannya. Inilah kesannya bila kita tidak mengenali Islam secara menyeluruh. Tak kenal Islam, maka macam mana kita nak cintainya?. Sebenarnya Islam ini perlu kita kaji dan pelajarinya dengan sebaik mungkin, agar kita tidak termakan umpan penentang-penentang Islam atau mereka-mereka yang mengambil Islam itu dari sudut yang dikehendaki dan difahaminya sahaja. Belajarlah segala ilmu Allah yang begitu luas di dunia ini, seperti ilmu sains, ilmu kajian alam, ilmu kedoktoran, ilmu ekonomi, ilmu ICT, ilmu bahasa dan sastera dan sebagainya, tapi awas, jangan sesekali kita ketepikan ilmu asas-asas agama Islam dalam aqidah, syariah, akhlaq, mu'amalah, politik dan lain-lain agar kehidupan kita selari dengan garisan-garisan yang ditentukan oleh Tuan Empunya dunia ini.

Sebelum kita nak mengenal pasti hukum mengundi pada PRU, eloklah kita fahami tujuan apakah PRU dijalankan? Jawabnya ialah untuk memilih pemimpin yang akan memegang tampuk pemerintahan dan sekaligus mencorakkan dasar-dasar negara kita. Adakah pemerintahan Islam dalam sesebuah negara wajib ditegakkan? Jawabnya ya. Ini kerana tanpa adanya dasar-dasar atau sistem-sistem Islam dalam negara sudah tentunya hukum-hakam Islam tidak dapat dilaksanakan.

Nabi kita Muhammad saw manusia contoh yang perlu diikuti yang menjadi pemimpin dunia. Baginda telah berhijrah bersama para sahabat dari Makkah yang merupakan tanahair kesayangan baginda ke Madinah al-Munawwarah tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata mencari alternatif untuk menegakkan daulah Islamiyyah.

Negara kita Malaysia dengan sistem yang ada sekarang iaitu sistem demokrasi (sistem mengikut undian yang paling ramai) digunakan untuk membolehkan seseorang dilantik menjadi pemimpin negara. Dengan sistem mengundi pada PRU, rakyat berhak memilih mana-mana calon yang dikehendakinya untuk mencorakkan masa depan negara.

Sebagaimana yang kita fahami tadi bahawa menegakkan pemerintahan negara Islam dalam sesebuah negara adalah wajib, namun adakah mengundi pada PRU juga wajib, sedangkan pada zaman Nabi saw pengundian sebagaimana yang kita lakukan memang tidak ada? Jawabnya memang wajib. Kenapa? Ini kerana negara kita Malaysia, juga kebanyakan negara-negara lain, pengundian merupakan satu wasilah atau cara untuk memilih pemimpin negara. Jadi, disebabkan penubuhan negara Islam itu wajib dan ia dilakukan melalui pengundian maka pengundian itu juga wajib.

Dalam kitab-kitab Qawa'id Fiqhiyyah ada menyebut "ma la yatimmul wajib illa bihi fa hua wajib" (sesuatu perkara wajib tidak akan sempurna melainkan dengannya, maka perkara itu juga dikira wajib). Sebagai contoh seseorang yang ingin mengambil wudhuk untuk menunaikan solat hendaklah mendapatkan air. Jika air tidak diperolehi di kawasan itu, maka menggali telaga untuk mendapatkannya adalah wajib. Begitu juga dengan menghadap qiblat, bersuci dan lain-lain menjadi wajib demi menyempurnakan solat yang diwajibkan kepada kita. Begitulah seterusnya. Sila rujuk: http://www.taimiah.org/Display.asp?ID=19&t=book44&pid
=2&f=quf0014.htm


Oleh itu, secara kesimpulannya dapat saya katakan bahawa mengundi pada Pilihan Raya Umum itu wajib demi menegakkan sesebuah negara Islam. Demikian juga perihalnya dengan memilih calon-calon atau parti-parti atau pertubuhan-pertubuhan yang ingin mendaulatkan Islam itu juga wajib. Dengan tertegaknya kerajaan Islam serta berjalannya sistem-sistem Islam, akan memberi impak yang positif kepada seluruh ummah serta kebaikan kepada semua manusia kerana Islam adalah agama Allah pencipta dunia ini yang didatangkan untuk memberi rahmat pada sekalian alam.


Siti Hasliza Mat Yusoff
25 November 2008



4 comments:

suweileh family said...

ramai yg pro tak ngundi sekarang ni, saya ada seorg kawan yg ayahnyer ado, dah seumur hidup tak pernah mengundi, dan dia sendiri pun bangga ikut jejak ayahnyer tak mau mengundi

sitihasliza said...

itulah jadinya bila xfaham Islam secara menyeluruh, menganggap mengundi perkara pilihan. bila kita dh tau perkara tu wajib, maka tidak dapat tidak perlu dilaksanakan.

BENDAHARA TUN PERAK said...

ada satu jemaah yang mengatakan bahawa menyertai demokrasi dan pilihanraya adalah HARAM dan KUFUR...

mereka namakan diri mereka sebagai Hizbut Tahrir...sekarang sedang mendapat sokongan di Malaysia...

PAS pula semakin terpinggir...TG Nik Aziz dihina oleh Hizbut Tahrir..mereka mendakwa TG Nik Aziz tak mujtahid...

sedih saya....:(

sitihasliza said...

Jamaah tu kurang faham lah tu,
Kalau tak masuk bertanding dlm Pilihanraya mcm mana nak pegang tampuk pemerintahan...jwbnya dok melaung kat luar je la..