"Bumi Jordan ini adalah sebahagian daripada apa yang disebut Allah alladzee baaraknaa haulahu!" saya berbicara bersama sekumpulan anak muda, mengisi masa.
"Dan mungkin salah satu daripada keberkatan itu, adalah pada menyelidiki isi hati masing-masing selama menghuninya. Seperti kisah seorang Arab Badwi di dalam satu riwayat al-Nasa'ie dengan sanad yang sahih," bersama mereka, kami membuka sila untuk berbicara.
TELADAN SIRAH
"Apa ini?" tanya lelaki itu.
"Bukan untuk ini aku mengikutmu. Apa yang aku inginkan adalah sekiranya aku menjadi sasaran anak panah ke sini - sambil menunjukkan lehernya - lalu aku mati dan masuk Syurga!" jawab lelaki itu.
Di dalam satu peperangan yang lain, lelaki itu terbunuh.
"Apakah ini dia orangnya?" tanya Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam.
"Jika kamu benar-benar jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu," Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam berbicara terhadap lelaki itu.
ISI HATI
Selama bermastautin di bumi Anbiya' ini, tanyalah hatimu dari satu hari ke satu hari, apakah yang engkau dambakan daripada keberadaanmu di bumi ini.
Justeru ikhlaskanlah hati pada meninggikan cita-citamu dan Allah akan membuktikan keikhlasan hatimu.
Setiap perlakuanmu di bumi Jordan adalah permintaan tentang siapa dirimu, suatu hari nanti...
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Irbid, The Hashemite Kingdom of Jordan
Sumber: facebook.com
No comments:
Post a Comment