Monday, February 2, 2009

Ziarah Irbid Menyeronokkan

Pada 22 Januari yang lalu, saya bersama teman menuju ke Irbid, ditemani akhawat dari sana yang bertandang ke rumah kami. Itulah kali pertama saya mengenali Irbid. Saya gembira kerana di sana akhawat Malaysia begitu ramai berbanding Amman yang sunyi sepi. Meriah rasanya hidup di sana lebih-lebih lagi bila saya dapat berkunjung ke rumah Hanis, Syu, Mizah, Anisah, dan juga Azimah serta seisi keluarganya.

Pada hari Sabtu, 24 Januari, arah y
ang dituju ialah ke Universiti Yarmuk. Seronoklah jugak tengok universiti orang. Ada muzium pulak tu. Apapun terima kasih pada akhawat bertiga yang bawa kami 'round-round' kat universiti Yarmuk tu.

Sejurus kemudian kami menuju ke balad Irbid mencari bekalan untuk program hari esoknya iaitu
ziarah ke tempat-tempat bersejarah di Irbid. Ust. Helmi dan Ust. Amin sebagai musyrif kami. Kami seramai enam orang boleh dikatakan 'orang baru'...Jadi mereka berdualah yang menunjukkan kami tempat-tempat yang baik untuk dilawati. Thanks a lot for u all.


- Ziarah kawasan Perang Yarmuk

- Ziarah Umm Qais


- Ziarah Qal'ah 'Izzuddin, 'Ajlun

- Ziarah Jarash

No comments: