Tuesday, December 16, 2008

Hadiah Istimewa Buat Bush?

Nampaknya orang paling berkuasa di dunia mendapat liputan meluas di media pada hari ini kerana apa yang berlaku semalam benar-benar menjadi sejarah buat seorang ahli politik yang bertaraf presiden. Presiden dibaling kasut?. Beliau amat bertuah kerana apa yang 'diterima' bukanlah bom atom atau peluru tetapi hanyalah sepasang kasut. Namun begitu, maruah beliau benar-benar tercalar di mata dunia kerana apa yang telah berlaku memalukan bagi seorang yang bergelar presiden dan 'the number one'.

Kebencian rakyat Iraq khususnya dan dunia umumnya terhadap Presiden Amerika Syarikat itu tidak boleh digambarkkan dengan kata-kata. Tidak diketahui pula apa yang akan berlaku terhadap wartawan tersebut tetapi yang pastinya beliau akan menerima 'balasan' yang 'mencukupi'. Jika seorang presiden sesebuah negara (Saddam Hussein) boleh diheret hingga ke tali gantung, inikan pula seorang wartawan yang 'tidak bernilai' di mata seorang 'monster' seperti Bush.

Walaupun Tun Dr. Mahathir dibenci oleh segelintir rakyat Malaysia disebabkan apa yang beliau telah lakukan terhadap Anwar Ibrahim, namun di hari terakhir beliau menjadi Perdana Menteri, beliau masih mendapat penghormatan yang tinggi. Walaupun Khir Toyo dibenci oleh penduduk setinggan disebabkan dasar yang diambil oleh beliau iaitu menghapuskan setinggan namun selepas beliau tidak menjadi Menteri Besar beliau tidak dipukul atau dibaling dengan penyapu. Malahan Thaksin Shinawatra yang kini menjadi pelarian masih mendapat sanjungan oleh rakyat Thailand jauh sekali dibaling dengan kasut.

Apa yang berlaku terhadap Bush mungkin menjadi gurauan majoriti ahli politik namun ia memberi peringatan dan pengajaran bahawa setiap tindakan yang diambil akan memberi kesan besar sama ada dalam jangka panjang atau pendek. Dibaling kasut mungkin lebih hina dirasakan berbanding ditembak bagi segelintir 'orang besar'. Mungkin Bush akan tidur lena sedikit selepas Januari tahun depan namun bayang-bayang mangsa rakyat yang dizalimi akan sentiasa mengekori beliau. Selamat beristirehat buat Bush. Nikmatilah sisa-sisa hidupmu dan ambillah peluang tersebut untuk kembali ke pangkal jalan (bertaubat).


Sumber:
http://egimbb.blogspot.com/



1 comment:

Unknown said...

mmg 'istimewa' sgt2 pn..jenis-jenis camtu jelah hadiah istimewa untuk si Bush tuh... tp tak kna plak muka dia!!!huh!!! sapa yang pukul journalist tu, tanggunglah 'saham'nya nnti...

wallahu'alam