
Biasanya saya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton siaran langsung solat lima waktu, solat fardhu Jumaat yang disiarkan secara langsung dari Masjidil Haram, Makkatul Mukarramah, yang menjadikan saya terharu melihat lautan manusia berkumpul di Baitil 'Atiq, menyahut seruan Allah swt yang Maha Agung. Walaupun penat, cuaca yang terlalu panas, suasana yang penuh sesak dengan manusia dari pelbagai pelusuk dunia, pelbagai bangsa dan bahasa, namun demi ketaatan dan cinta yang penuh setia pada Tuan Empunya alam ini, mereka sanggup menyerahkan jiwa raga kepadaNya.
Satu perkara yang amat menyentuh hati saya, melihat penyatuan ummah dengan laungan azan dan solat. Bila saja mereka diseru untuk solat mereka bergegas menyiapkan diri untuk bertemu Allah dalam keadaan
b

Saya juga berbangga kerana dapat mengenali imam-imam dan khatib-khatib Masjidil Haram, walaupun hanya dapat melihat mereka melalui kaca TV seperti Sheikh Sudais, Sheikh Su'ud Shuraim, Sheikh Usamah, Sheikh Mu'aiqali dan lain-lain.
Selesai siaran langsung solat Maghrib dari Masjidil Haram, Qanat al-Majd menghidangkan tazkirah ringkas atau belajar al-Quran secara tartil ataupun belajar solat mengikut solat Nabi saw. dan sebagainya.
Dua hari yang lepas saya bersama tazkirah ringkas yang bertajuk "at

Beliau menyatakan kepentingan menyegerakan solat dan faedahnya pada umat Islam yang mana mereka akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Ini kerana mereka yang bersegera ke masjid berjamaah tentulah mencari saf yang pertama, dapat memenuhi rakaatnya bersama imam, dapat melakukan solat sunat sebelum solat fardhu, dapat mendoakan apa-apa yang dihajatinya di antara azan dan iqamat, dapat membaca ayat-ayat al-Quran sebelum solat dan sebagainya. Beliau menunjukkan rasa kesedihan terhadap umat Islam kini terutamanya golongan muda yang kurang menyegerakan solat, di samping menemplak mereka yang hanya bersungguh-sungguh menyuruh anak-anak pergi ke sekolah, keluar bertuisyen tanpa mempedulikan solat mereka, lebih-lebih lagi solat berjamaah di masjid. Amat menggembirakan, Qanat al-Majd banyak mengunakan Bahasa Arab Fusha, yang menjadikan saya kenyang dan berselera dengan hidangannya.
Satu lagi rancangan yang saya sentiasa nantikan ialah "Ma'a Samahatil Mufti" (Bersama S.S Mufti), rancangan soal jawab agama bersama S.S as-Sheikh Abdul Aziz ibn Abdullah Aal as-Sheikh, Mufti Am Arab Saudi, pada setiap hari Jumaat selepas solat Maghrib hingga Isyak (waktu di Makkah al-Mukarramah), dan siaran ulangannya pada hari Sabtu, jam 9.30 pagi. Bagi mereka yang tidak dapat menonton TV tersebut boleh mendengar siaran ulangannya melalui internet di alamat:
http://islamacademy.net/Index.aspx?
function=Category&id=46&lang=Ar

S.S Mufti tersebut menerima banyak persoalan yang berkaitan dengan kehidupan muslim dan hukum-hakam agama dari masyarakat seluruh negara Arab. Soalan-soalan boleh dikemukakan melaui e-mel atau telefon terus kepada Qanat al-Majd di talian +96614113100 -4115656 (sila rujuk laman web di atas). Anda juga boleh menelefon S.S Mufti di talian 0505410205 jika mempunyai kemusykilan agama.
Walaupun banyak soalan yang dikemukakan melalui telefon dalam bahasa pasar atau mempunyai loghat negara masing-masing, beliau sebagai pendakwah untuk ummah tetap akan menjawab dalam Bahasa Arab fusha sebagai bahasa kebanggaan.
Kepada ikhwah dan akhawat yang juga ingin meningkatkan kemahiran mendengar dalam Bahasa Arab, boleh ikuti siaran TV al-Majd, kerana di luar sana biasanya kita akan mendengar dan bermuamalah dalam 'aammiyyah' (bahasa pasar) yang kemungkinan boleh melenyapkan pertuturan kita dalam Bahasa Arab fusha yang disanjungi ini.
No comments:
Post a Comment