Baru-baru ini, siaran 'al-Mahajjah al-Baidhaa' melalui TV Saudi 1 telah membincangkan topik 'Toriquna Ila as-Sa'adah' (Jalan Kita Menuju Kebahagiaan). Siaran yang mengambil masa lebih kurang setengah jam, dipersembahkan secara langsung selepas solat Maghrib (waktu di Makkah al-Mukarramah) itu cukup menarik perhatian saya. Tambahan pula penceramahnya (lupa nak catat nama) menyampaikan tazkirah dengan gaya senyum yang amat sesuai dengan topik yang dibentangkan.
Saudara penceramah memulakan tazkirahnya dengan menyatakan bahawa kebahagiaan itu dikehendaki oleh semua manusia, tak kira samada orang mukmin, kafir, orang kaya atau miskin, orang alim atau jahil. Beliau memberikan takrifan kebahagiaan hakiki ialah kebahagiaan roh atau hati. Adapun sebab-sebab kebahagiaan itu boleh jadi berpunca dari pertambahan harta, anak-anak, ketinggian pangkat dan sebagainya, akan tetapi perkara-perkara tersebut merupakan perkara lahiriah dan ia bukanlah kebahagiaan yang hakiki, sedangkan perkara-perkara kerohanian itulah yang lebih dalam kebahagiaannya.
Kebahagiaan juga boleh dirasai dalam kesedihan. Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Aku amat kagum dengan orang mukmin, apabila diberinya kebahagiaan dia bersyukur dan apabila ditimpanya kesusahan dia bersabar". Hatta para solihin juga selalu menunggu ujian-ujian dari Allah untuk menjadikan diri mereka lebih rapat dengan Allah swt. Ini kerana ia merupakan sunnatul anbiya'.
Kalau kita perhatikan orang-orang barat yang tidak beriman kepada Allah swt, hidup mereka penuh dengan kemewahan. Namun, kemewahan yang dianggap kebahagiaan itu hanyalah sementara. Bahkan mereka sebenarnya hidup dalam kesempitan. Jiwa mereka kosong dari mengingati Allah, kosong dari keimanan.
Oleh sebab itu kita dapati ramai di kalangan mereka hidup seronok dengan harta benda dan keduniaan, akhirnya mereka sanggup membunuh diri sendiri. Kalaulah kehidupan mereka bahagia, kenapa berlakunya sedemikian rupa?
Kini, kita lihat ramai juga di kalangan mereka kembali kepada Islam setelah mereka menemui kebahagiaan hidup yang hakiki di dalam Islam serta memperolehi kemanisan iman. Sehinggakan penyanyi-penyanyi dari Barat juga memeluk Islam kesan dari kajian yang sebenar terhadap agama Allah ini. Oleh itu sekali lagi dapat kita katakan bahawa kebahagiaan itu merupakan satu rahsia yang besar. Ia adalah kebahagiaan roh yang berkait rapat dengan hati manusia.
Apakah cara-cara yang perlu dilakukan untuk memperolehi kebahagiaan?
Al-Quran al-karim telah menerangkan cara-caranya. Antaranya ialah Allah swt telah menyebut yang bermaksud: "Barangsiapa yang melakukan amalan soleh, samada lelaki atau perempuan, nescaya akan kami hidupkan mereka dengan kehidupan yang baik." (an-Nahl: 97). Oleh itu keimanan kepada Allah disertakan dengan perbuatan-perbuatan baik itu merupakan cara untuk memperolehi kebahagiaan di dunia ini.
Seseorang yang beriman kepada Allah sudah tentu akan memperolehi kemanisannya. Begitu juga dengan amalan-amalan soleh. Namun, amalan-amalan soleh ini bukanlah amalan yang difahami oleh kebanyakan manusia hari ini seperti menunaikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan seumpamanya sahaja, bahkan ia meliputi setiap perbuatan baik yang disukai oleh Allah swt sekalipun perbuatan itu adalah harus.
Di antara perbuatan yang dikira amal soleh ialah seperti mendidik dan mentarbiyyah anak-anak, bekerja makan gaji demi untuk menyara keluarga, berusaha tidur awal dengan niat untuk bangun awal demi menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan dan sebagainya. Melakukan amalan kebajikan ini merupakan sebab seseorang itu memperolehi kebahagiaan.
Di antara lain yang membolehkan seseorang itu memperolehi kebahagiaan juga ialah menziarahi anak-anak yatim, memandang orang-orang yang lebih rendah taraf darinya, redha dengan qada' dan qadar yang ditentukan oleh Allah, memandang dan meneliti nikmat-nikmat lain yang telah dikurniakan Allah kepadanya.
Begitu juga hendaklah seseorang itu menyeimbangkan antara urusan dunia dan akhirat. Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi..." (al-Qasas: 77). Sebagaimana contoh yang kita lihat bahawa Rasulullah saw merupakan seorang imam masjid, namun, dalam masa yang sama baginda juga merupakan ketua masyarakat, ketua keluarga, panglima perang, ahli politik, ahli ekonomi, dan sebagainya.
Di samping itu juga, hendaklah kita sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah; beristighfar (meminta ampun di atas dosa-dosa yang dilakukan), bertahmid (memuji Allah) serta bertasbih kepadaNya agar diri kita sentiasa mendapat rahmat dan kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat.

No comments:
Post a Comment