Thursday, April 23, 2009

Huruf- Huruf Cinta



Huruf-huruf cinta pasangan suami isteri demi kebahagiaan rumahtangga

1) (az-Zai) : az-Zinah (perhiasan)
"Apabila dia (suami) memandang kepadanya (isteri)", gembiralah hatinya - begitulah sebaliknya-
Termasuk juga:
- kecantikan pada pakaian
- kecantikan pada tubuh badan
- menjaga kebersihan diri dan sebagainya.

2) as-Siin: as-Sa'adah (kebahagiaan)
- Kebahagiaan ini diperlukan oleh setiap insan
- Kehidupan ini perlu ada padanya kegembiraan dan kerehatan

3) as-Syain: as-Syura (mesyuarat)
- Syura amat perlu antara suami isteri. Kalau kita lihat Rasulullah saw juga mengambil syura antara baginda dan isteri-isterinya. Sebagai contoh dalam hal siasah, Baginda telah mengambil pandangan Ummu Salamah dalam Perjanjian Hudaibiyyah.
- Dengan adanya syura ini menunjukkan bahawa suami atau isteri memberikan thiqah atau kepercayaan antara satu sama lain.

4) al-Faa' : al-Fahm (kefahaman)
- Isteri perlu memahami diri suami, begitulah sebaliknya; memahami bila waktu beliau makan, bagaimana cara berpakaian dan sebagainya.

5) al-Laam: al-Lutf/ al-Liin (lembut)
- Orang yang beriman itu sukakan kelembutan

6) al- Mim: al-Musyarakah (saling bekerjasama)
- perlu adanya konsep saling bekerjasama dalam kehidupan perkahwinan
- kerjasama dalam tugasan harian, rehlah keluarga dan lain-lain

7) an-Nun: an-Naqd (kritikan/ komen)
- kritikan juga perlu ada di antara suami isteri, ini kerana melakukan kesalahan bukanlah satu perkara yang aib.
- suami sebahagian dari isteri, begitulah sebaliknya isteri sebahagian dari suami
- namun perlu diingati bahawa kritikan tersebut bukanlah satu kritikan yang mencela dan menghina mana-mana pihak, bahkan ia satu kritikan yg membina yang boleh membawa kepada keutuhan rumahtangga.

8) al-Haa': al-Huduu'/ al-Hadiyyah (ketenangan/ hadiah)
- hendaklah seorang suami itu menyediakan isterinya satu ketenangan seperti memberinya hadiah-hadiah sekalipun hadiah tersebut tidak bernilai tinggi. Begitulah sebaliknya bagi seorang isteri terhadap suaminya.

9) al-Wau: al-Waqt (waktu)
- mencari masa untuk bersama keluarga
- kesempitan waktu itu bukan menjadi satu masalah untuk tidak duduk bersama keluarga, bahkan, ketidakmampuan seseorang dalam menyusun waktunya menjadi satu agenda yang perlu dititikberatkan.
- berikanlah sebahagian waktu anda untuk bersama orang-orang di bawah anda.

10) al-Yaa': al-Yusr (mudah/ senang)
- jangan menyusahkan sesuatu perkara
- kita ingin menjadikan perkahwinan itu sebagai ibadah
- di tangan kitalah perkara-perkara yang boleh membawa kebahagiaan, dan di tangan kita jualah perkara-perkara yang mendorong kita menuju kehancuran rumahtangga.

* Moga-moga perkahwinan ini memasukkan kita ke syurga Allah yang kekal abadi*


Ulasan dari siaran tazkirah al-Mahajjah al-Baidhaa', topik: Huruf as-Sa'adah az-Zaujiyyah, disampaikan oleh: as-Sheikh Ghazi ibn Abdul Aziz as-Shamri, melalui TV Saudi 1.




No comments: