1) Ikhwah- akhawat, sahabat-sahabat... Ketahuilah, bila emosi cinta menguasai logik cinta, maka cinta pada yang Maha Pencipta cinta kan dipandang dengan sebelah mata. Namun, bila emosi cinta diselarikan dengan logik cinta disaluti dengan taqwa cinta, maka cinta pada manusia kan melandasi undang-undang Pencipta kita demi matlamat cinta, berbahagia hingga ke syurga.
2) Hebatnya Allah... Tuhan Pencinta yang menjiwai erti cinta, mampu mencampakkan gelombang ruh cinta pada kedua-dua insan yang menggali makna cinta di sebalik tabir alam maya, saling memahami cinta yang tersirat di dunia penulisan cinta, mencantumkan rasa cinta di dalam sebutir hati cinta tanpa wujud cinta bersua muka yang dipenuhi dengan noda dan dosa. Sebuah pengharapan pada Yang Maha Kuasa kerana aku adalah hamba biasa, sentiasa mendambakan cinta yang sungguh luar biasa.
3) Wahai Allah... Aku ingin kenal diriMu... Bila ayat-ayatMu dibaca dan ditiupkan pada hati ini, lembik segala urat sendi, rebah melutut anggota diri, kecut menggigil lubuk hati, hangatan air mata mencucuri pipi... Persembahkanlah makrifatMu pada kuliMu ini ya Allah... ya Arhama ar-Rahimin.

4) Ramai yang berkata dan memang realitinya: Wanita sebelum berkahwin ada banyak sifat malunya, setelah berkahwin, malunya itu terbang melayang entah ke mana... tiada tapisan dalam percakapan, tiada brek dalam tindakan... Aku berlindung dengan Allah dari hilangnya sifat malu, jua aku memohon dengan Allah agar menetapkan sifat malu yang indah itu pada jiwaku, menjadi pakaian serta hiasan buat diriku.
5) "Bagaimanakah anak-anak gadis hari ini? Adakah wanita hari ini masih dalam sifat malu atau mereka telah meninggalkan rasa malu mereka? Adakah idola mereka itu masih Fatimah Az-Zahraa', Khadijah al-Kubra dan 'Aisyah ar-Ridha? Ataupun idola mereka si fulan atau si dia yang meninggalkan rasa malu dan meninggalkan agamanya? Jagalah rumahtanggamu, inilah simbolik bagi kehidupan Rasulullah dalam rumahtanggamu." [as-Sheikh Maulana al-Habib Ali al-Jifri]
6) Bila kita hidup diselami nikmat Allah, senang dalam memperolehinya, boleh jadi kita akan merasakan ianya satu perkara biasa, nikmat yang selalu dimiliki ramai. Sebaliknya, jika kita diuji oleh Allah, ditegah dari memperolehinya, dihalang untuk beberapa tika, akhirnya kita dianugerahiNya jua, sudah tentu kita akan merasai betapa bernilainya nikmat itu, betapa hebatnya Pencipta nikmat itu. Moga Allah menjdikan kita sebutir hati yang sentiasa kagum dan bersyukur dengan nkmat-nikmatNya.
7) Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Tiada siapa yang boleh menghalangNya, tak ada kuasa yang mampu mengatasi kuasaNya, tiada kerajaan yang handal menandingi kehandalanNya, hebatnya Pencipta aku... aku cukup terhutang budi denganMu... Tiada kecewa hidup berpautkan padaMu, semakin ku cariMu semakin luas Kau tarhib aku... Allah Tuhanku... tarbiyyahlah aku sebagaimana Kau tarbiyyah insan-insan kesayanganMu... aamin, ya Rabbal 'Aalamin.

8) Sambil menerima, sambil memberi, kerana memberi itu lebih baik dari menerima, walaupun kesanggupan menerima itu cukup bermakna bagi si pemberi derma... namun, bak kata orang dengan perkongsian lahirnya rasa kasih- sayang.
1 comment:
salam...
kak za sehat?
sedap kata2 falsafah dari kak za tu..
penuh makna yang tersurat dan tersirat..
terima kasih..:)
Post a Comment