Friday, August 27, 2010

Nikah Gantung Tangani Masalah Sosial Remaja


Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.

"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.


Sumber: malaysiakini.com


1 comment:

Anonymous said...

Salam ziarah...
Orang Melayu terlalu taksubkan adat. "Biar mati anak, jgn mati adat". Kalau mengikut Sunnah, bila lelaki-pompuan dah setuju & wali bapa si pompuan pun dah setuju, cincin sudah kira mas kawin...maka bapa si pompuan jadi jurunikah (tandanya bapa setuju). Pengantin lelaki terima nikah...sah sudah menikah.

Semasa rombongan si lelaki hantar cincin bertunang (hantar cincin tandanya lelaki setuju). Bapa si pompuan terima cincin (tandanya setuju), si pompuan tak bantah (tandanya setuju), cincin (tanda mas kawin), si lelaki ikut dlm rombongan (tandanya terima nikah). Sahlah nikahnya (semua ibadah di atas telah menggantikan lafaz akad di lidah). Mana yg diambil kira ikut syarak? Lafaz lidah atau Perbuatan Seluruh Tubuh Badan?

Kita orang Melayu yg memberatkan Hukum Agama, akhirnya terbelenggu dgn Hukum Sendiri: "Tak cukup RM Puluhan Ribu tak boleh nikah anak dara orang!", akhirnya ALLAH Menghukum: anak2 zina bertambah2 sebab tak mampu nak kawin.