Sunday, January 18, 2009

For Ghazzah: Azzam Tamimi - London



“What is happening now in Gaza is not between the Muslim and the Jews; nor it is between Islam and Judaism; but it is a case between the oppressed (Palestinians) and the oppressor (Zionists)!”

“The oppresors are not only the Zionists; Bush and the European leaders; the oppressors also include MUBARAK!, ABBAS!, THE SAUDI ROYAL FAMILY!”

“An the good news is, They are all coming down!!! They are all coming down!!!”


Azzam Tamimi, 10/1/2009; London, UK. (sumber: youtube, find: Azzam Tamimi, Gaza)

Ini merupakan wacana politik.Wacana sebeginilah yang mudah difahami dan mudah dikongsi bersama oleh masyarakat dunia yang sedar. Inilah realiti yang perlu difahami oleh semua. Inilah realiti yang dapat menjawab persoalan-persoalan menegenai kekejaman Mubarak yang enggan membuka pintu sempadan Refah, keterlibatan kerajaan Saudi dengan AS dan Israel, dan juga peranan sebenar Abbas yang merupakan hipokrit terbesar di dalam isu ini”.

Gelombang sokongan masyarakat dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin tidak dapat dibendung lagi. Serangan rejim Zionis ke atas ‘HAMAS’ telah memberikan legitimasi perjuangan kemerdekaan Palestin hanya kepada HAMAS. HAMAS menjadi hero rakyat Palestin; dan dunia telah kembali melihat rejim Zionis sebagai penjenayah setelah mereka pernah di’suci’kan dari gelaran tersebut oleh Yasser Arafat. Segala perjanjian damai di antara Arafat dengan rejim Zionis (Madrid, Oslo, Wye River, Camp David) telah menghalalkan rejim Zionis Israel. Kini gelombang masyarakat dunia kembali menuntut agar ‘Israel’ kembali kepada tahap penjenayah mereka.

Malangnya, penjenayah Zionis ini tidak akan kembali diiktiraf sebagai penjenayah selagi terdapat aparat-aparat mereka menjadi penguasa di negara-negara Arab. Para diktator ini perlu dijatuhkan dahulu. Gelombang kebangkitan rakyat ini wajib digunakan sepenuhnya oleh masyarakat sivil di Mesir, Saudi dan Jordan untuk menurunkan para diktator yang menghisap kekayaan negara dan menzalimi rakyat di bumi sendiri.

Doakan perkara ini akan segera berlaku, sedarkan rakan-rakan warga Mesir, warga Saudi dan warga Jordan. Media eletronik dan alam virtual merupakan senjata yang paling ampuh untuk mengejutkan kelekaan rakyat jelata di bumi tersebut. Kebangkitan marhaen dan proletariat perlu disegerakan.


oleh: Maszlee Malik

Sumber: http://www.utaraonline.net/




Friday, January 16, 2009

Laungan Jihad Dari Sweileh - Amman






Jumaat, 16 Januari 2009, sekali lagi saya menyaksikan himpunan masyarakat Sweileh, Amman dan sekitarnya, mencetuskan seruan jihad kepada insan-insan sekeliling khasnya dan buat masyarakat dunia amnya. Himpunan aman tersebut dibuat setelah selesai solat fardhu Jumaat, bermula di Masjid Abdul Rahman Ibn Auf, menyusuri jalan-jalan kecil kawasan penduduk setempat sehinggalah jalan-jalan utama mereka.

Sebelum himpunan aman ini diadakan, saya telah mendengar pengumuman dari pihak masjid yang akan mengadakannya setelah selesai solat Jumaat. Al-hamdulillah, rumah saya yang berdekatan dengan masjid ini amat menggembirakan hati saya. Walaupun saya wanita bukan 'kaki masjid', namun diri ini begitu seronok bila dapat mendegar azan solat, khutbah Jumaat, qunut nazilah serta doa-doa yang dibacakan oleh imam khas buat penduduk Ghazzah.

Sebaik saja mendengar laungan jihad, saya dan 'teman rapat' terus membuka tingkap memerhatikan gerak-geri kaum muslimin yang semakin hampir melalui jalan rumah kami. Saya perhatikan mereka, ada yang tua, muda, lelaki, perempuan serta anak-anak kecil menyertai program tersebut. Walaupun saya bukanlah salah seorang dari mereka dalam perhimpunan itu, namun saya adalah salah seorang dari hati-hati mereka.

Saya juga melihat bagaimana pihak keselamatan, polis dan seumpanya turut bersama masyarakat setempat dalam perhimpunan aman itu. Ada kanak-kanak yang melemparkan senyuman kepada saya bilamana saya menjenguk mereka dalam perhimpunan itu.

Laungan jihad yang dibuat oleh mereka menjadikan saya lebih bersemangat, lebih cintakan Islam, cintakan umat Islam, cintakan jihad. Namun, saya tetap terharu dengan keadaan umat Islam kini, lebih-lebih lagi saudara-saudara kita di Palestin yang sentiasa ditindas oleh kuffar, sedangkan kerajaan-kerajaan Islam yang lain (khususnya negara-negara Arab yang berdekatan) hanya berdiam diri, membisu tidak mahu menyatakan pendirian. Lebih dahsyat lagi, ada yang menyokong dan mendokong kerajaan Israel dan sekutunya di sebalik tabir yang jarang.




Thursday, January 15, 2009

Bila Dia Datang Lagi...

Friday, January 9, 2009

Bantahan Terhadap Israel: Syabas TG Nik Aziz!

KOTA BHARU, 9 Jan (Hrkh) - Ribuan umat Islam di sini mengadakan demonstrasi secara aman membantah kekejaman rejim haram Yahudi terhadap penduduk Islam di Palestin. Demonstrasi itu diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut sama disertai timbalannya, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud; Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan anggota Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

Menteri Besar turut membakar replika patung George W Bush dan Presiden Israel, Shimon Peres serta bendera Amerika Syarikat dan Israel.

Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan orang ramai memijak gambar kedua-dua pemimpin yang diletak di atas jalan.

Demonstrasi itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri diadakan sebaik sahaja selesai kuliah mingguan Menteri Besar di Medan Ilmu.Image

Ribuan penduduk tempatan yang mengikuti kuliah sejak jam 8.30 pagi turut sama berdemonstrasi dengan melaungkan 'Allahuakbar, Hidup-Hidup Islam, Jahanam Israel dan Hancur Amerika.'

Demonstrasi itu merupakan kali kedua diadakan di Kelantan, minggu lepas pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Akademi Islam Universiti Malaya berhimpun di perkarangan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri.

Sebaik sahaja tamat kuliah pagi Jumaat, teriak Hidup Islam, jahanam Israel dan hancur Amerika mulai kedengaran. Orang ramai kecil, besar, tua dan muda bersemangat meneriakkan perkataan tersebut.

Kebencian orang ramai begitu membuak terhadap kekejaman Yahudi yang merantah tubuh-tubuh tidak berdosa di Palestin melalui serangan tidak berperikemannusiaan, dilancarkan tentera Israel sejak akhir Disember lalu.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat mempelawa rakyat negeri ini mendaftar diri untuk pergi ke Palestin bagi membantu rakyat negara tersebut.

Image Katanya, beliau dan Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad sudah mendaftar menyertai misi bantuan ke Palestin.

Mohd Zaki yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata, semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada perlu menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Yahudi.

"Kita tidak boleh mengharapkan orang lain bagi membantu umat Islam di Palestin. Kita juga tidak boleh harapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Persidangan Negara Islam yang tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

"Oleh itu umat Islam wajib membantu dengan sekadar yang mampu melalui sumbangan yang dihulurkan kepada tabung yang dilancarkan pada majlis ini," katanya.

Beliau juga mengajak orang ramai mulai sekarang memboikot produk keluaran Amerika Syarikat dan negara-negara yang bersekongkol dengan Yahudi Israel.

Pada himpunan itu dibaca qunut nazilah yang diketuai Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Mohd Baharuddin Mohd Noor.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, salah satu cara bagi mengajar Israel dan Amerika Syarikat jangan membeli produk keluaran negara terbabit.Image

"Kita usah lagi membeli pisang kaki yang ditanam orang Yahudi di bumi Palestin yang dirampas mereka. Produk itu ada dijual di Singapura dan negara ini. Kita juga jangan lagi menggunakan Dollar Amerika dan beralih kepada matawang Euro atau Yen, Jepun.

"Coca Cola jangan lagi kita minum, umat Islam di Selatan Thailand sudah lama memulau minuman keluaran Amerika itu," katanya.

Sementara itu, ribuan umat Islam mengerjakan solat hajat di Masjid Muhammadi selepas menunaikan solat Jumaat memohon keselamatan kepada umat Islam di Palestin.

Selepas itu mereka memijak gambar Bush dan Shimon beramai-ramai, yang di letak di pintu masjid masjid.

UntukMu Palestin...



Kami akan meneruskan peperangan bersama mereka

Kami semua akan terus melawan mereka

Kami akan mengembalikan hak yang telah tercabul

Dengan segala kekuatan, kami akan menentang mereka



Dengan bersenjatakan hak yang telah dinafikan,

Kami akan membebaskan bumi itu agar merdeka,

Kami akan mengembalikan kesucian kepada al-Quds,

Selepas segala kehinaan dan keaiban



Kami akan meneruskan penghancuran mereka

Dengan segenap tenaga kita mengekang mereka

Membersihkan segala keaiban dengan tangan-tangan kita

Dengan sepenuh kekuatan kita melawan mereka



Tidak akan kita redha seinci tanah terjajah

Tidak akan kita tinggalkan selangkah tanah yang terhina

Bumi akan bergegar menghancurkan mereka

Menjadi gunung berapi yang akan membakar mereka…



ALLAHU AKBAR!



Terjemahan dipetik dari:

http://ahmadfadhli.wordpress.com/



Wednesday, January 7, 2009

Luahan Mereka Terhadap Ghazzah