Friday, August 27, 2010

Nikah Gantung Tangani Masalah Sosial Remaja


Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.

"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.


Sumber: malaysiakini.com


Tuesday, August 24, 2010

Buku Terkini...



Nama Buku: 110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010

Buku setebal 126 muka surat

Harga: RM 10

Disusun oleh: Ahmad Fadhli Shaari


Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut boleh menghubungi Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui ahmadfadhli80@yahoo.com atau di talian 0199070868.


Terima kasih.



Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan al-Mubarak

Friday, July 30, 2010

George Galloway Savages Sky News



George Galloway, bekas ahli parlimen Britain (MP Labour dari 1987 - 2010) menghentam Israel & USA secara terbuka di TV SKY News. Dia juga membantah tuduhan bahawa Palestin, Lubnan, Iran atau Islam sebagai terrorist. Kelam kabut wartawan jadinya.Tahniah. "What a silly person you are" katanya kepada wartawan yang berat sebelah itu. MESTI LIHAT!!


Dipetik dari: Facebook Ust. Zaharuddin.net




Wednesday, July 28, 2010

Kalam Hikmah TGNA: Hubungan Kita Dengan Allah


Bukan mudah untuk meminta sesuatu dengan Allah... Sebagai contoh, kalau kita ke rumah orang yang berpangkat besar, seperti ke rumah penghulu, rumah D.O atau Menteri Besar dan sebagainya, bila mereka kata: datang esoklah, maka kita pun kena balik. Untuk berjumpa dengan mereka ada waktu pejabatnya.

Namun, Allah Yang Maha Agung, yang lebih besar pangkatnya dari manusia ini mempunyai sifat ar-Rahman dan ar-Rahim, datanglah berjumpa dengan Allah pada pukul berapa sekalipun, tengahari dan tengah malam pun, tidak ada masa pintu pejabatnya ditutup, bahkan sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya. Mintalah apa-apa pun Allah pasti Maha Mendengar...


Nabi kita Sallallahu 'alaihi wa Sallam berasa seronok bila dapat bersembahyang kerana dapat bercakap dengan Allah Ta'ala. Orang zaman sekarang ni, bercakap dengan perempuan kekasihnya melalui telefon berjam-jam walaupun dikenakan bayaran. Tersengih-sengih di tepi jalan, dan kadang-kadang tersepak orang lain kerana asyik dengan perbualannya itu. Sedangkan perempuan itu tak tentu lagi, dia nak padanya atau tidak, tetapi dah dihabiskan duit untuk pembayaran telefon.

Kenapa kita dengan Allah tak nak pula? Dengan Allah tentulah akan sentiasa meraikan kita, tetapi kita buat tak peduli denganNya. Itulah kita, tidak pandai, tidak kenal Allah, Tuhan kita. Bagaimana nak kenal Allah kalau kita tidak belajar?!


[Petikan Kuliah Maghrib Sambutan Isra' dan Mikraj di Masjid an-Naim, Kota Bharu, oleh: YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tarikh: 20 Julai 2010
]



Sunday, July 25, 2010

Kalam Hikmah...

"The purpose of this life can not be thought by anybody or any group of people, if they do not refer to Al-Quran. It is like a man who came from a rural area, facing various machines. Since he did not know anything about machines, he will not know the functions of each machines and switches in front of him.

People who know the various function of the machines are engineers who created it. Such people, it is impossible to know the purpose of life and why they were created, if they were not informed by the Almighty God who created people."

Sumber: Facebook YAB TGNA.


Terjemahan:

Tujuan hidup ini tidak boleh difikir oleh seseorang atau sekumpulan manusia, jika mereka tidak merujuk kepada Al-Quran. Ia adalah seperti seorang yang datang dari kawasan luar bandar, menghadapi pelbagai mesin. Kerana dia tidak tahu apa-apa tentang mesin, dia tidak akan mengetahui fungsi-fungsi dari setiap mesin dan suis yang berada di hadapannya.

Orang-orang yang mengetahui kepelbagaian fungsi mesin itu ialah jurutera yang menciptakannya. Sebagaimana manusia, adalah mustahil untuk mengetahui tujuan hidup dan mengapa mereka diciptakan, jika mereka tidak diberitahu oleh Tuhan Yang Maha Agung yang menciptakan manusia.