Monday, July 14, 2008

Ziarah Mesir siri 5

Menziarahi maqam
As-Syeikh Muhammad Mutawali as-Sya'rawi



Sejurus selepas melawat kebun-kebun dan ladang-ladang di kawasan Mansurah, kami terus menziarahi maqam as-Syeikh as-Sya'rawi, ulama yang terkenal di bumi Mesir. Beliau banyak mengarang kitab-kitab yang sekaligus menjadi rujukan ramai. Antaranya ialah at-tafsir as-Sya'rawi. Saya mendapat maklumat dari musyrif rombongan bahawa as-Syeikh merupakan anak seorang petani, yang akhirnya menjadi salah seorang ulama yang mampu memberi sumbangan yang positif pada masyarakat dan sekaligus dapat mengheret lautan manusia ke arah jalan yang diredhai Allah. Di sini saya muatkan potret-potret beliau, maqam beliau serta sebahagian dari sumbangan beliau terhadap Islam.


Maqam as-Syeikh as-Sya'rawi







Potret as-Syeikh as-Sya'rawi





As-Syeikh as-Sya'rawi dianugerahi Doktor Falsafah





Kitab-kitab atau karangan As-Syeikh as-Sya'rawi
di maktabah beliau yang berhampiran dengan maqam



Salah satu aktiviti di kawasan masjid as-Syeikh,
Kelas Tahfiz al-Quran dan Tajwid


Saya juga amat kagum dengan as-Syeikh kerana beliau dapat menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan seperti kelas al-Quran, muhadharah 'aammah dan sebagainya. Perkembangan aktiviti-aktiviti tersebut semakin baik, ini kerana ditambahi pula dengan pusat hadhanah, klinik, program-program untuk kanak-kanak, orang dewasa dan lain-lain. Moga-moga Allah memberkati al-Marhum as-Syeikh as-Sya'rawi dan ahli keluarganya.



Ziarah Mesir siri 4

Berada di Mansurah

Jutaan terima kasih diucapkan pada ukhti Fatin dan akhawat serumahnya yang sudi menjadikan saya sebagai tetamu istimewa. Layanan yang baik tidak dapat dilupakan, jazakunnallah khaira. Di sini saya muatkan gambar-gambar sekitar berada di Mansurah.


Pemandangan Jami'ah al-Azhar, lilbanat, Mansurah


Melawat kedai Kristal Usfur


Meninjau barang-barang Kristal Usfur



Hari yang berikutnya saya bersama akhawat melawat kebun-kebun dan ladang-ladang di kawasan Mansurah.



Kebun buah epal


Kebun anggur


Ladang Jagung


Ladang kubis

Ziarah Mesir siri 3

Muhadharah 'Aammah
bersama
Syeikh Habib Salim bin Abdullah As-Syatiri, Mudir Ribat di Tarim, Yaman

Selesai program sehari bersiar-siar bersama akhawat, pada malam tersebut pula (29 Jun 2008), ku hadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Syeikh Habib Salim, ulama Yaman yang tersohor. Rasa bertuahnya diri ini dapat mendengar nasihat-nasihat serta motivasi yang mencuit hati ini untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Alhamdulillah, aku salah seorang dari ratusan manusia yang mendengar nasihat tersebut. Thank You Allah!




Di sini ku muatkan maklumat-maklumat dari program majlis ilmu tersebut yang diambil dari laman web PMRAM http://e-pmram.page.tl/


Tanggal 29 Jun yang lalu,telah berlangsung majlis bersama Syeikh Habib Salim bin Abdullah As-Syatiri, Mudir Ribat di Tarim, Yaman bertempat di Dataran Hayyu ‘Asyir.

Majlis kendalian Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM itu bermula dengan solat Maghrib berjemaah. Bacaan Burdah Imam Al-Busiri dimulakan sebagai pembuka tirai majlis malam itu sementara menanti ketibaan Habib Salim bersama rombongannya. Hampir jam 9 malam, Habib Salim tiba bersama-sama rombongan yang terdiri dari anak-anak murid beliau yang lain. Turut hadir mengiringi ialah Prof. Dr. Jamal Faruq, pensyarah Universiti Al-Azhar.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Azrul Ismail, Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan itu dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Khairullah diikuti ucapan alu-aluan dari Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail.

Dalam ucapan tersebut, beliau menceritakan ujian yang diterima oleh para Nabi sebelum ini termasuk Nabi Muhammad SAW. Namun kesabaran mereka menjadi sebab kepada pertolongan Allah. Majlis kemudian memberi penghormatan kepada salah seorang anak murid Habib Salim, Habib Muhammad bin Ali bin Abdul Qadir Al-Habsyi menyampaikan ucapan.

Selain itu, Habib Muhammad menceritakan sedikit pengalaman beliau sepanjang berguru dengan Habib Salim. Ia kemudian diikuti dengan ucapan oleh Prof. Dr. Jamal Faruq, pensyarah Universiti Al-Azhar. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan betapa tingginya martabat penuntut ilmu di sisi Allah. Beliau turut meminta supaya diambil peluang pada zaman remaja ini untuk menuntut ilmu.

Sejurus selepas itu, Habib Salim menyampaikan nasihatnya kepada mahasiswa sekalian. Antara lain beliau memuji sikap penuntut ilmu yang datang ke Mesir ini sebagai menunjukkan rasa cinta mereka kepada ilmu. Beliau juga meminta agar para mahasiswa menggunakan peluang yang ada ini di Mesir yang disebut sebagai “Bumi Para Nabi” ini dengan penuh kesungguhan.

Beliau turut berwasiat agar para mahasiswa bertakwa kepada Allah di mana jua berada sambil memetik Hadis Nabi Muhammad SAW ketika mana Baginda SAW didatangi seorang sahabat yang meminta wasiat dari Baginda SAW. Lalu Baginda SAW bersabda dengan wasiat tiga perkara padanya: “Pertama antara dia dengan Allah iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah, kedua antaranya dengan dirinya sendiri iaitu hendaklah ikuti keburukan yang dibuat dnegan kebaikan dan ketiga antaranya dengan sesama manusia iaitu hendaklah melakukan akhlak yang baik antara manusia.”

Habib Salim turut berpesan agar menjauhi dari ajaran tasawuf yang disalah ertikan oleh sesetengah pihak dari makna tasawuf yang sebenarnya. Beliau turut menasihatkan agar para mahasiswa mengelakkan dari fahaman aqidah yang mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW dengan memetik sabda Baginda SAW, “Sahabatku ibarat seperti bintang di langit. Sesiapa yang mengutuk mereka, dia akan dilaknat oleh Allah, para malaikat serta manusia keseluruhannya.” Habib Salim turut mewasiatkan agar mahasiswa menjauhi dari akidah yang mencerca para wali Allah serta mengingkari keramat yang dikurniakan Allah kepada mereka.

Ucapan beliau yang memakan masa setengah jam itu turut menarik perhatian para mahasiswa yang hadir yang dianggarkan mencecah 500 orang. Pada akhir majlis, beliau turut menyampaikan ijazah ‘am kepada sekalian para mahasiswa yang hadir.



Sunday, July 13, 2008

Ziarah Mesir siri 2

Berada di bumi Mesir sungguh menakjubkan buat diriku ini. Sampai di sana, ku dihidangkan dengan wajbah maliziah; nasi lauk ikan singgang, ikan bakar, tempoyak, ulam, buah-buahan dan air 'ma'daniah' yang membuatkan aku tersenyum simpul dan pelik. Walaupun aku bukanlah ada syahiyyah sangat terhadap makanan, namun gembira melihat makanan tersebut ada di bumi arab, Mesir yang mana ia belum pernah ku jumpai di Amman, Jordan, bumi yang sedang ku gali mutiara-mutiara ilmu.

Seronok hidup bersama teman-teman seperjuangan, dapat solat bersama-sama, bertaaruf, berbincang, berdiskusi tentang pelajaran, bersoal-jawab dan sebagainya menjadikan aku lebih riang dan gembira dengan suasana tersebut. Terasa ingin bersama mereka, memartabatkan diri dalam lautan ilmu, mentarbiyyah peribadi bersama bintang-bintang pujaan, yang mana terasa kerdilnya diri ini bila berhadapan dengan mereka. Moga-moga aku juga salah seorang dari mereka.

Hari yang seterusnya aku bersama teman-teman menyertai program sehari, bersiar-siar ke satu taman, melihat pemandangan serta suasana kehidupan masyarakat di situ.


Pintu masuk kawasan taman


Bersama akhawat di taman


Pemandangan di taman


Pemandangan di Sungai Nil


Sebelum turun dari bot


Menaiki kereta kuda keluar dari taman menuju ke kawasan feri


Menaiki feri mengharungi Sungai Nil


Sungai Nil

Saturday, July 12, 2008

Ziarah Mesir siri 1

Catatan perjalanan Ziarah ke bumi Mesir

Berlepas dari Lapangan Terbang Amman


Sampai di Lapangan Terbang Qaherah


Pemandangan di kawasan Lapangan Terbang Qaherah


Suasana di kawasan Lapangan Terbang
Sambil menunggu akhawat dari Qaherah


Sampai di Rumah Pelajar Malaysia, Qaherah, Hayy 'Ashir


Pemandangan Rumah Pelajar Malaysia, Qaherah, Hayy 'Ashir


Syuqqah-syuqqah yang berhampiran dengan Rumah Pelajar Malaysia, Hayy 'Ashir


Pulang Dari Mesir



Alhamdulillah, lebih kurang dua minggu bermula 28 Jun hingga 11 Julai 2008, aku berada di bumi Mesir, merupakan satu ziarah pendek yang amat berharga buat diri ini. Peluang keemasan berada di bumi ambiya' tersebut tidak ku sangka dan tidak ku duga akhirnya mustajab jua. Memang ku nantikan jawapan dari Yang Esa, yang mampu mententatifkan jadual kehidupanku ini. Hanya doa dan ikhtiar dariku serta tawakkal kepadaNya agar dapat menziarahi bumi yang berkat itu. Satu kenangan dan zikrayat akan ku taburkan dalam blog kesayanganku ini, yang sentiasa terpahat dalam benakku. Ku pulang ke Amman dengan rasa sayu dan terharu meninggalkan bumi itu, rindukan akhawat seperjuangan, sefikrah, sehati dan sejiwa, rindukan bumi Mesir yang penuh dengan sejarah para ambiya', para sahabat, tabiin, para awliya' Allah, juga merupakan bumi yang penuh dengan alim ulama' yang terkenal, pengajian-pengajian Islam dan Bahasa Arab yang hebat yang cukup menakjubkan. Moga-moga Allah memberkati dan menolongku agar dapat menziarahi lagi bumi Mesir yang penuh barakah itu.