Wednesday, July 21, 2010

Bagaimana Ingin Khusyuk Dalam Solat?: TGNA


Jawapan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Kuliah Maghrib sempena Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj di Masjid an-Naim, Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Jam 7.30 malam, 20 Julai 2010.

Tuesday, July 20, 2010

Muhammad Rasulullah S.A.W Di Hati Kita


Janganlah ada di kalangan kita yang mencintai Rasululullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam seperti tiga golongan ini yang mana kecintaan mereka ini berakhir dengan terhumban ke neraka Allah:

1) Cinta seperti Abu Lahab: yang bergembira menyambut kelahiran Nabi (maulid Nabi), namun benci pada perjuangan Islam baginda.

2) Cinta seperti Abu Talib: Sayang pada diri Rasulullah dan mempertahankan perjuangan Islam baginda, namun Abu Talib tidak memeluk Islam kerana malu untuk menerima ajaran dari anak saudaranya.

3) Cinta seperti Abdullah bin Ubai: Cinta manis di bibir mulut sahaja... hidup bersama Rasulullah, namun hatinya rasa dengki, benci pada baginda dan perjuangannya.

Ikutilah cinta seperti Abu Bakar as-Siddiq Radhiallahu 'anhu yang rindukan pada diri Rasulullah, mempertahankan tubuh badan Rasulullah, sayangkan pada perjuangan Islam, meneruskan perjuangan baginda yang mulia, serta cintakan kepada Tuhan baginda yang bernama Allah 'azza wa jalla.


Friday, July 16, 2010

Puasa Sunat Pada Bulan Sya'ban

"Sya'ban Kini, Ramadhan Menanti..."


Sumber asal: al-qaradhawi.net
.

Terjemahan:

Soalan:
Adakah disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Sya'ban?

Jawapan:
Bulan Sya'ban merupakan salah satu bulan yang digalakkan oleh Nabi saw untuk memperbanyakkan puasa. 'Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak berpuasa penuh (dalam bulan-bulan yang lain) kecuali dalam bulan Ramadhan. Ini berbeza dengan apa yang dibuat oleh sebahagian masyarakat di sesetengah negara 'Arab, yang mana mereka berpuasa tiga bulan (berturut-turut): Rejab, Sya'ban dan Ramadhan, dan enam hari dalam bulan Syawwal yang mereka namakannya (al-baidh) menjadikan puasa mereka itu bermula dari awal Rejab sehingga hari yang ketujuh dalam bulan Syawwal, kecuali hari raya (iaitu hari pertama dalam bulan Syawwal). Perkara ini tidak ada dari Nabi saw, juga dari para sahabat serta tabi'in-tabi'in.

Nabi saw berpuasa pada setiap bulan. 'Aisyah r.a berkata: Baginda saw berpuasa sehingga kami mengatakan (merasakan) bahawa Baginda tidak berbuka, dan Baginda berbuka sehingga kami mengatakan (merasakan) bahawa Baginda tidak berpuasa. Kadang-kadang Baginda berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, kadang-kadang pada setiap bulan, khususnya pada hari al-baidh (dalam bulan Qamariah), dan kadang-kadang juga baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari yang lain (yang berikutnya), sebagaimana yang dibuat oleh Nabi Daud a.s.. Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud a.s, Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari yang lain.

Nabi alaihi as-solatu wa as-salam banyak berpuasa pada bulan Sya'ban. Ini merupakan satu persediaan Baginda untuk menyambut Ramadhan. Adapun (yang mengatakan bahawa) Baginda berpuasa pada hari-hari tertentu tidak ada sama sekali.

Dalam syarak, tidak harus (kita) mengkhususkan puasa pada hari tertentu, atau melakukan qiam pada malam tertentu tanpa ada sanad (sandaran) syar'ie. Sesungguhnya urusan ini bukanlah hak seseorang (untuk berbuat demikian), bahkan ia adalah hak Allah sahaja.

Mengkhususkan waktu-waktu atau tempat-tempat dengan ibadat-ibadat (tertentu) dan menentukan gambaran-gambaran dan kaifiat-kaifiatnya merupakan urusan Allah dan haknya, dan ia bukanlah urusan manusia.

Allah Taala yang Maha Mengetahui.

Sunday, July 11, 2010

Tazkirah: Bagaimana Aku Mengetahui Bahawa Allah Mencintaiku?

Semoga aku tergolong dalam golongan yang dicintai olehMu wahai Allah.

Thursday, July 8, 2010

Tercalar Pelangiku, Retak Kalbuku...


Tercalar pelangiku, retak kalbuku bila melihat anak-anak watan di Timur Tengah bergelar penuntut ilmu lebih membiasakan diri dengan bahasa Arab pasar berbanding bahasa Arab 'fusha' yang lurus. Mereka bahagia pula dengan bahasa rojak itu. Lebih-lebih lagi sanggup memikul aura itu ke tanahair yang jualannya tidak laku walau satu sen pun. Pernah ku katakan kepada mereka: Ambillah ia dan letakkan dalam poket sahaja, jangan telan, kerana ia mampu menjadi virus yang akan merosakkan darah dagingmu.



Thursday, July 1, 2010

Antara Kesalahan Lelaki (Suami), Oleh: UZAR

Sebagai pengajaran ringkas buat para suami. Antara Kesalahan Lelaki (Suami)

1. Lalai Berbakti kepada orang tua setelah menikah

2. Kurang serius dalam mengharmonisasikan antara isteri dan org tua

3. Ragu dan buruk sangka kepada isteri

4. Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri

5. Meremehkan kedudukan isteri

6. Melepaskan kendali kepemimpinan & menyerahkannya kepada isteri

7. Memakan Harta isteri secara batil

8. Kurang semangat dalam mengajari isteri ajaran-ajaran agamanya

9. Bersikap pelit terhadap isteri

10. Datang secara tiba-tiba setelah lama pergi

11. Banyak mencela dan mengkritik isteri

12. Kurang berterima kasih dan memotivasi isteri

13. Banyak bersengketa dengan isteri

14. Lama memutus hubungan & meninggalkan isteri tanpa sebab yg jelas

15. Sering berada di luar rumah & jarang meluangkan masa dengan keluarga

16. Interaksi yang buruk dengan isteri

17. Tidak menganggap penting berdandan untuk isteri

18. Kurang perhatian terhadap Doa yang dituntut ketika menggauli isteri

19. Kurang memperhatikan Etika, Hikmah dan Hukum hubungan badan

20. Menyebarkan rahsia ranjang

21. Tidak mengetahui kondisi biologis perempuan

22. Menggauli isteri ketika haid

23. Menggauli isteri pada duburnya

24. Memukul isteri tanpa alasan

25. Kesalahan tujuan poligami

26. Tidak bersikap Adil antara beberapa isteri

27. Terburu-buru dalam urusan Talak

28. Tidak mahu mentalak, padahal sudah tidak mungkin ada perbaikan & keserasian

29. Mencela isteri setelah berpisah dengannya

30. Menelantarkan anak-anak setelah mentalak isteri

31. Kurang setia terhadap isteri

32. Kurang puas dan selalu melirik perempuan lain


Sumber: Facebook Ustaz Zaharuddin.net