Tuesday, March 23, 2010

Ayat - Ayat Bahagia (3)


1) "Jagalah istri, jangan kau sakiti. Sayangi istri, amanah Ilahi. Bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih. Bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi. Bila suami berpoligami, dakwah akan terbebani. Demarketing menjadi-jadi, dakwah bisa dibenci…." [Ustaz Cahyadi Takariawan @ Pak Cah, (Ustaz Cinta dari Indonesia), dipetik dari: Saifulislam.com]


2) "Perkahwinan bukanlah untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelumya SEMATA-MATA, bahkan perkahwinan ialah KOMBINASI cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab" antara pasangan hidup di dunia menuju ke alam syurga. [Aku Terima Nikahnya, Saifulislam.com]



3) "Yang indah itu bukannya hidup bersuami isteri. Ramai di luar sana suami yang mahu membuang isteri dan isteri mahu membuang suami. Yang indah ialah HIDUP BERIMAN, biar pun takdirnya bersendirian." [FB: Ust. Hasrizal Abdul Jamil]


4) Episod demi episod aku melakarkan sebuah novel CINTA srikandi di alam maya. Aku menenggelamkan jiwa ke dalam lautan CINTA, mahu menerokai bahasa serta kandungannya. Ramai sungguh manusia menganggap indahnya sebuah CINTA, ramai lagi manusia mengimpikan bahagianya dunia CINTA. Namun, ketahuilah, CINTA mampu menenangkan jiwa walau dengan sepatah kata, jua menjadi racun berbisa, yang bersedia meruntuhkan hidup berumahtangga.


5) Bila turunnya gerimis kemanjaan, menerpa wajah membasahi badan, terasa hangatnya sebuah kerinduan, terasa maraknya sebuah percintaan, bagaikan hidup dalam dunia lakonan, yang memungkinkan impian menjadi satu kenyataan, pengharapan pada sebuah keajaiban, melutut pada yang Maha Handalan, sudah pastinya tiada kelukaan.


6) Seruan azan berkumandang, menjemput diri bersolat dan menuju kejayaan. Mataku kekuyuan, ingin menutup dari pandangan kerana keletihan dek program-program yang datang berterusan, lalu hati kecil ini berkata: wahai diri, adakah ini penutupan matamu buat selama-lamanya? Tersentaknya diri, terkejutnya anggota, lalu bingkas bangun membesarkan Yang Maha Esa. Jutaan terima kasih buat sang hati suci, syukur tak terkata buat Ilahi, yang banyak berbudi pada diri yang kerdil ini.


7) Ramai yang berkata: "Aku tidak mampu nak berdakwah lagi, kerana aku bukannya orang baik pun." Sepatutnya anda perlu menyahut kata-kata ini "أصلحْ نفسك وادعُ غيرك" (Perbaikilah diri kamu dan dakwahlah orang lain)... Sila buktikan kepada saya bilakah tarikh dan waktu anda akan menjadi baik? Saya bimbang... belum pun sempat kita berada di tarikh yang dirancangkan, tiba-tiba rumah yang mempunyai dua tiang sudah menjadi milik kita.


8) Ramai sungguh sang lelaki memiliki jenama USTAZ, ramai juga sang wanita memakai jenama USTAZAH. Alangkah indah kalau jenama itu ditonjolkan di mata-mata insan luaran, sekaligus diaplikasikan di mata-mata insan dalaman agar mizan kehidupan terus menerus mencapai hakikat keseimbangan.




Friday, March 12, 2010

Dia Pernah Mencintaimu

Oleh: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]


Sumber: saifulislam.com


Saturday, February 20, 2010

Ayat - Ayat Bahagia (2)


1) Cinta pada Ilahi perlu dipahat dalam hati, perlu digagahi walaupun sukar dimengerti. Bila cinta sudah berputik, mula berbunga, terus dibaja, disiram dan dijaga, kelazatan pula kan dirasa. Nikmat dan kemanisan cinta ini tidak mampu diungkap dengan kata-kata, tidak bisa dianggar peratusannya. Terasa diri ini sentiasa diperhati, ditiliki dan diawasi olehNya yang Maha Menghalusi.


2) Tahukah anda bahawa ruh kita juga amat memerlukan makanan. Sebagaimana jisim inginkan kekenyangan dan kepuasan, ruh juga meronta-ronta kelaparan, meminta-minta makanan keperluan dari tuannya. Namun, sedarkah kita pada perkara ini? Makanan ruh bukanlah seperti makanan jisim yang boleh dilihat dengan mata kasar, bahkan ia adalah zikrullah (ingat kepada Allah).


3) "Nyawa kita diumpamakan api pelita yang pada bila-bila masa sahaja boleh terpadam" ... Fikir-fikirkan, mudah-mudahan kita mampu menggalas ketakwaan di waktu nyawa masih dihidangkan oleh Tuan Pemilik badan, demi mencapai cita-cita kebahagiaan di hari yang pasti dipertemukan.


4) "Apabila kamu inginkan taufiq agar beroleh kekhusyukan, maka jauhilah dari berlebih-lebihan dalam pandangan... Apabila kamu sukakan taufiq agar beroleh hikmah, maka tinggalkanlah berlebih-lebihan dalam percakapan... Apabila kamu mengharapkan taufiq agar dapat mengetahui keaibanmu, maka tinggalkanlah mengintai-ngintai keaiban orang lain." [ Terjemahan dari kitab 500 Nasihah Li al-Mar'ah al-Muslimah, Majdi Fathi as-Sayyid ]



5) "Ubatilah hati kamu dengan lima perkara: Membaca al-Quran dan menghayatinya, berusaha bangun malam demi menunaikan solat tahajjud, berdoa kepada Allah sebelum datangnya waktu Subuh, duduk bersama orang-orang yang soleh dan memperbanyakkan puasa sunat." [ Terjemahan dari kitab: 500 Nasihah Li al-Mar'ah al-Muslimah, Majdi Fathi as-Sayyid ]



6) "Jahil adalah penyakit kanser merbahaya yang menular dalam tubuh manusia. Bahayanya jahil ini boleh membawa syirik kepada Allah. Sepertimana penyakit kanser ada pencegahnya, begitu juga jahil ada pengubatnya. Pengubat bagi penyakit jahil adalah al-Quran dan as-Sunnah." [TG Nik Abdul Aziz Nik Mat ]



7) "Orang yang bijaksana ialah apabila dia bercakap pasti akan memberi kesan kepada pendengar. Itulah yang dimaksudkan dengan bijaksana, atau dalam bahasa al-Quran disebut 'al-Hakim'. Al-Quran bukanlah manusia, tetapi kalamullah. Walaupun dilihat sebagai tulisan, tetapi ianya terkandung kebijaksanaan, iaitu dengan al-Qura
n pembacanya akan terkesan." [ TG Nik Abdul Aziz Nik Mat ]



8) "Percaya selepas melihat sesuatu itu tidak ada apa-apa nilai yang signifikan, tetapi yang hebat ialah percaya sebelum melihat sesuatu dan kita bekerja untuk melihat apa yang kita percaya." [ Ust Hasrizal Abdul Jamil ]



9) Syurga hanya menerima orang yang hebat untuk menyertainya. Sekiranya kita tidak hebat, apakah pilihan yang kita ada, kalau tidak berjaya masuk ke syurga?... [ Ust Hasrizal Abdul Jamil ]




Sunday, February 14, 2010

Jelajah Jordan 2010

Lokasi: Laut Mati dan Gua Ashab al-Kahf
Tarikh: 08 Feb 2010


Menuju ke Laut Mati

Laut Mati

Kedai produk Laut Mati

Kawasan Gua Ashab al-Kahf

Gua Ashab al-Kahf

Gua Ashab al-Kahf

Dalam Gua ashab al-Kahf

Masjid Gua Ashab al-Kahf


Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui facebook saya: cthasliza@yahoo.com,
Terima kasih.



Saturday, February 13, 2010

Sahabat... Pujuklah Hatimu Untuk Memiliki Keikhlasan


"Bumi Jordan ini adalah sebahagian daripada apa yang disebut Allah
alladzee baaraknaa haulahu!" saya berbicara bersama sekumpulan anak muda, mengisi masa.

"Dan mungkin salah satu daripada keberkatan itu, adalah pada menyelidiki isi hati masing-masing selama menghuninya. Seperti kisah seorang Arab Badwi di dalam satu riwayat al-Nasa'ie dengan sanad yang sahih," bersama mereka, kami membuka sila untuk berbicara.


TELADAN SIRAH

Suatu ketika, seorang Arab Badwi datang kepada Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam, beliau beriman dan kemudian mengikut Baginda berhijrah ke Madinah. Di dalam satu peperangan, Baginda memperolehi rampasan harta seorang wanita lalu diberikan kepada Arab Badwi itu.

"Apa ini?" tanya lelaki itu.

"Aku membahagikannya untukmu," jawab Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

"Bukan untuk ini aku mengikutmu. Apa yang aku inginkan adalah sekiranya aku menjadi sasaran anak panah ke sini - sambil menunjukkan lehernya - lalu aku mati dan masuk Syurga!" jawab lelaki itu.

"Jika kamu jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu!" balas Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

Di dalam satu peperangan yang lain, lelaki itu terbunuh.

Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam memeriksanya dan mendapati lelaki itu terbunuh kerana terkena anak panah di tempat yang ditunjuk itu.

"Apakah ini dia orangnya?" tanya Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam.

"Benar," jawab para sahabat yang lain.

"Jika kamu benar-benar jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu," Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam berbicara terhadap lelaki itu.

Lalu Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam mengkafan lelaki itu dengan jubahnya, meletakkannya, dan mengerjakan solat ke atas jenazah lelaki itu dan Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam bersabda, "Ya Allah, hamba-Mu ini keluar untuk berhijrah di jalan-Mu lalu dia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi ke atasnya"


ISI HATI

Sahabat...

Selama bermastautin di bumi Anbiya' ini, tanyalah hatimu dari satu hari ke satu hari, apakah yang engkau dambakan daripada keberadaanmu di bumi ini.

Jika di celah doamu di bawah awan bumi Syam ini ada sekelumit calar terhadap keikhlasan berjuang dan menjadi pewaris Anbiya', calar itu nanti akan menjadikan engkau pencalar umat sekembalinya kalian ke pangkuan masyarakat.

Justeru ikhlaskanlah hati pada meninggikan cita-citamu dan Allah akan membuktikan keikhlasan hatimu.

Bumi Isra' ini penuh barakah.

Setiap perlakuanmu di bumi Jordan adalah permintaan tentang siapa dirimu, suatu hari nanti...


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Irbid, The Hashemite Kingdom of Jordan


Sumber: facebook.com


Friday, February 12, 2010

Untuk Siapakah Hari Valentine?


SOALAN:

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

JAWAPAN:

Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.

Asal-usul Valentine


Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (
http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :- Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.

When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.

One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.

(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)

Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :- 1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :

(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :

"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).

Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar

4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya.

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.

Jadi, adakah pergi membeli- belah sempena 'sale' hari Valentine juga salah?

Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.


Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya: Lelaki: Bolehkah saya jual? Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya. Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi? Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi. Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat? Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Valentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.



Sekian,

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Artikel asal: zaharuddin.net