Friday, July 18, 2008
Merokok Haram!
Dar Fatwa Negara Mesir telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok hukumnya haram qat'ie (secara putus/ tidak syak lagi). Fatwa tersebut telah dikeluarkan pada 25 Jamadil Awal 1420 Hijriah bersamaan 05 September 1999M. Ini kerana penggunaan tembakau memberi mudharat pada diri sendiri, yang mana rokok banyak menyebabkan kemudharatan kepada perokok dan juga kepada mereka yang berada di sekelilingnya. Merokok juga hanyalah satu pembaziran yang amat ditegah oleh Allah SWT.Allah azza wajalla berfirman yang bermaksud: "dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah Maha menyayangi kamu". FirmanNya lagi: "Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke arah kebinasaan, dan hendaklah kamu berbuat baik, sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berbuat kebaikan".
Oleh itu dapat difahami bahawa merokok adalah haram mengikut ukuran hukum syarak.
Oleh:
Dr. Nasr Farid Wasil
Mufti Kerajaan Mesir.
___________________________________________
Kepada perokok-perokok samada lelaki atau perempuan yang cinta dan kasih pada rokoknya, diharapkan dapat berfikir secara waras dan rasional agar kita dapat membelanjakan duit kurniaan Allah sesuai dengan apa yang dikehendakinya berpandukan perlembagaan syarak. Jika anda seorang 'gentleman' atau 'gentlewoman', kenapa anda sanggup merosakkan diri anda dengan rokok musuh dalam selimut itu?. Dan tak lupa juga anda suka menghumbankan orang di sekeliling anda agar turut sama menerima padah kesan dari asap rokok yang ada hembuskan. Fikir dan renunglah sejenak, semoga kita dapat menjadi kuli Allah yang diredhainya, pengemis yang mendapat perhatian dariNya. Aamin!
Labels:
Hukum
Thursday, July 17, 2008
Ziarah Mesir siri 8
Berada di Iskandariah
Terima kasih saya ucapkan pada ukhti Nash dan kawan serumahnya kerana sudi menerima saya dan akhawat yang lain sebagai tetamu mereka. Kami singgah di rumah mereka sebagai tempat penginapan seketika untuk menziarahi kawasan Iskandariah sebelum bertolak pulang ke Qaherah tempat yang ku gemari. Di Iskandariah atau nama 'orang putihnya' ialah Alexandaria, tempat yang terkenal dengan kawasan pelancongan, amat menarik perhatian para pelancong khususnya di kawasan taman Momtazah. Di sini saya muatkan gambar-gambar ketika bersiar-siar di taman tersebut.










Dialah Permata Yang diCari

Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Meneri hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah...
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti bencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariatMu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuanMu
Ya Allah...
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmatMu
Sumber: youtube.com
Labels:
Lagu
Wednesday, July 16, 2008
Ziarah Mesir siri 7
Lawatan ke 'majma' al-bahrain'
"مرج البحرين يلتقيان بينهما برزخ لا يبغيان"
Pertembungan antara nahr nil dan bahr al-abyadh almutawassit.
Betapa hebat dan 'azhimnya Allah pencipta alam ini dapat menjadikan pertembungan antara sungai yang rasanya tawar dan laut yang masin.
Firman Allah yang bermaksud: "Dialah yang mengalirkan dua lautan tersebut yang satunya rasa tawar kemanisan dan yang keduanya rasa masin, dan Dialah jua yang menjadikan pendinding yang menegah dari percampuran di antara kedua-duanya".
Betapa hebat dan 'azhimnya Allah pencipta alam ini dapat menjadikan pertembungan antara sungai yang rasanya tawar dan laut yang masin.
Firman Allah yang bermaksud: "Dialah yang mengalirkan dua lautan tersebut yang satunya rasa tawar kemanisan dan yang keduanya rasa masin, dan Dialah jua yang menjadikan pendinding yang menegah dari percampuran di antara kedua-duanya".


Tuesday, July 15, 2008
Ziarah Mesir siri 6
Menziarahi
Maqam Muhammad bin Abu Bakr As-Siddiq RA,
maqam Abdullah bin Salam,
maqam as-Syeikh Jad al-Haq

Maqam Muhammad bin Abu Bakr as-Siddiq
Maqam Muhammad,
dikatakan bahawa batu ini diambil untuk menutup maqam beliau sebelum dipindahkan ke kawasan maqamnya sekarang
Kemudian kami juga sempat menziarahi maqam Abdullah bin Salam yang merupakan orang yahudi yang pertama memeluk Islam. Tetapi saya tidak sempat mengambil gambar maqam beliau. Kemudian menuju ke maqam as-Syeikh Jad al-Haq, juga salah seorang ulama Mesir yang terkenal.
Subscribe to:
Posts (Atom)








